Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amirudin Shari hari ini mengumumkan 7 gagasan sebagai manifesto pasukannya yang dipanggil, AMK Baru.
Beliau, dalam Majlis Deklarasi Gagasan Angkata Muda Keadilan berkata jika dipilih menerajui kepimpinan baru sayap pemuda itu, beliau berjanji akan menggagaskan idea-idea baru terutama dalam sosial dan ekonomi.
"Dalam masyarakat, anak-anak muda sentiasa dipandang sebagai masalah, namun merekalah yang sebenarnya akan mewarisi kepimpinan satu hari nanti," kata Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves di hadapan kira-kira 150 ahli AMK.
Berikut adalah manifesto 7 gagasan Angkatan Muda Baru yang diumumkan beliau:
1. Memperkuat angkatan muda; di mana AMK harus mempunyai struktur organisasi yang kukuh dan efektif di setiap peringkat iaitu nasional, negeri dan cabang.
2. Perkaderan anggota; iaitu model perkaderan ini penting dan harus dibangun segera bagi membina pelapis-pelapis kepimpinan, penggerak dan anggota dari generasi akan datang demi kelangsungan perjuangan Keadilan.
3. Membela nasib anak muda; di mana anak muda harus diberikan perhatian khusus, tanpa mengira latar belakang politik, kaum, agama mahupun status pendidikan.
4. Pendidikan dan latihan politik; setiap anggota perlu dilatih sebagai kader yang akan menjadi jentera dan penggerak kepada setiap agenda parti dem organisasi yang lebih kukuh.
5. Gerakan mahasiswa dan aktivisme anak muda; AMK perlu turut tampil di lapangan kampus, justeru kewujudan Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) harus diserap ke dalam struktur utama AMK, dan presiden MKM dilantik automatik sebagai exco AMK.
6. Muafakat pemuda pakatan rakyat; Kerjasama pimpinan muda dari ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat perlu diperkukuh.
7. Menuju Putrajaya; AMK sewajarnya bersiap sedia menyusun gerak kerja ke arah matlamat memenangi PRU14.
Sementara itu, calon naib ketua AMK, Dr Afif Bahardin yakin bahawa pasukan AMK Baru akan menonjolkan 'poliitik idea' yang berdasarkan idealisme dan bukannya politik invidu semata-mata.
"Saya bukan tawar Amir atau diri saya sebagai timbalan, tetapi saya tawarkan pasukan kami untuk dokongan saudara saudari semua," kata Afif yang juga ADUN Seberang Jaya.
Amirudin bersama anggota AMK Baru yang terdiri dari 17 ahli AMK dari pelbagai cabang, bakal bertanding menentang dua lagi calon ketua angkatan muda PKR iaitu ADUN Seri Setia, Nik Nazmi dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazree Yunus pada pemilihan parti itu Mei nanti.
Haider Yutim
Sat Feb 15 2014
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
Selangor pertimbang naikkan gaji pegawai di pusat khidmat masyarakat - Amirudin
Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk meningkatkan gaji kakitangan di pusat khidmat masyarakat (PKM) di seluruh Selangor.
Ramai kanak-kanak GISB diselamatkan di Selangor ada masalah bantut, kemurungan, 'anxiety'
Hasil saringan kesihatan terhadap 266 kanak-kanak yang diselamatkan daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Selangor mendapati 26.8 peratus mempunyai masalah bantut.
Selangor cadang lima peratus dana rizab persekutuan diberi kepada negeri-negeri
Kerajaan negeri Selangor mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan lima peratus daripada dana rizab persekutuan untuk diberikan kepada kesemua negeri.
Selangor dijangka muktamadkan penggunaan Akta 672 selewatnya awal 2025
Kerajaan Selangor menjangka memuktamadkan keputusan mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada akhir tahun ini atau awal 2025.
Perobohan Stadium Shah Alam capai kemajuan 45.81 peratus setakat 30 Okt
Beliau berkata peratusan itu menunjukkan kemajuan peningkatan kerja tiga hari lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan sejak stadium itu mula dirobohkan pada Julai.
Belanjawan 2025: Selangor teruskan dasar pengurangan duti hiburan
Amirudin berkata dasar mengecualikan duti hiburan secara penuh bagi artis tempatan akan diteruskan pada tahun depan.
Anggaran hasil Selangor diunjur sebanyak RM2.35 bln pada 2025 - Menteri Besar
Beliau berkata anggaran itu menunjukan peningkatan sebanyak RM150 juta daripada anggaran tahun 2024 iaitu RM2.2 billion.
Belanjawan: Selangor kenal pasti jajaran utama bagi projek Rel Kita Selangor
Kerajaan Selangor kenal pasti jajaran utama bermula dari Sabak Bernam hingga ke Negeri Sembilan bagi pelaksanaan projek Rel Kita Selangor.
Penjawat awam Selangor terima bonus dua bulan gaji
Ia bagi menghargai komitmen dan usaha yang disumbangkan penjawat awam negeri itu dalam pembangunan negeri.
Taman semikonduktor kedua akan dilancar awal tahun depan - MB Selangor
Inisiatif berkenaan terhasil daripada kerjasama erat di antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan.