PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penjawat awam supaya terus mengekalkan amalan terbaik sekali gus meninggalkan amalan buruk ketika dalam perkhidmatan.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru penjawat awam untuk mengekalkan amalan terbaik dan meninggalkan amalan buruk semasa berkhidmat.
  • Beliau mengingatkan bahawa segelintir penjawat awam telah mencemarkan reputasi sistem politik negara, yang boleh menghambat pertumbuhan negara.
  • Anwar juga menekankan perlunya penjawat awam melakukan anjakan untuk memacu pertumbuhan negara, sambil kerajaan terus memberi tumpuan kepada kebajikan warga perkhidmatan awam.


Beliau berkata, segelintir kecil telah mencemarkan nama penjawat awam termasuk dalam sistem politik negara yang menghalang kecepatan negara dalam memacu pertumbuhan untuk menyelamatkan bangsa dan negara.

"Punyai tekad untuk percaya bahawa dalam sejarah ada ketika di mana kita diberikan kesempatan kalau kita tidak lakukan, mungkin kita terhambat dan ke belakang puluhan tahun lagi.

"Kita sebenarnya mampu memacu pertumbuhan yang lebih baik tapi kita agak ketinggalan. Dalam sistem pendidikan, kesihatan, peraturan pentadbiran, dalam dasar-dasar, sekarang kita perkenal dasar baharu, transisi tenaga, transformasi digital.

"Itu pun kalau kita tidak pastikan tahap kelajuannya kita akan ketinggalan kerana negara lain tidak akan tunggu kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa penjawat awam melakukan anjakan, memacu pertumbuhan negara dengan kerajaan terus fokus melaksanakan usaha memperkasa kebajikan warga perkhidmatan awam.