KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diajak bersama-sama membantu Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang yang tercalon sebagai finalis tiga teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia membawa pulang kemenangan buat negara.
Justeru, syarikat pelaburan milik kerajaan, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) Yayasan Hasanah, Yayasan Pahang, Yayasan AMIR dan LeapEd menggesa rakyat Malaysia menyatakan sokongan mereka dengan mengundi sekolah tersebut menerusi pautan https://worldsbestschool.us.launchpad6.com/2022/entry/818 sebelum 11:59 malam pada 2 Oktober ini (7.59 pagi, 3 Oktober 2022 waktu Malaysia).
"Kami sangat terinspirasi dengan daya tahan SK Kempadang dalam menghadapi pandemik COVID-19, dedikasi mereka untuk mengharungi cabaran, inovasi dalam penggunaan teknologi dan usaha bersama masyarakat Kampung Kempadang untuk membawa perubahan sebenar terhadap kehidupan murid mereka.
"Kami telah mengundi di pautan tersebut bersama-sama rakan kongsi, kami ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyokong impian SK Kempadang untuk menang, seterusnya memantapkan dan berkongsi inovasi digital SMARTZOOM mereka dengan sekolah-sekolah lain di seluruh Malaysia dalam usaha mentransformasikan pendidikan.
"Kejayaan SK Kempadang di pentas dunia akan membuktikan apa yang boleh kita capai untuk anak-anak Malaysia sekiranya kita bersatu sebagai satu bangsa," katanya dalam kenyataan bersama di sini, pada Isnin.
Menurut kenyataan itu lagi, sekolah itu tersenarai bagi kategori inovasi, dalam anugerah yang dianjurkan oleh T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Accenture dan American Express, selepas mencipta sistem penyelesaian digital sepenuhnya bagi mengesan kemajuan murid.
SK Kempadang mencipta penyelesaian digital SMARTZOOM, yang mengesan kemajuan pembelajaran murid, menggunakan input data daripada Google Sheets dan Google Chrome kerana semua guru di Malaysia mempunyai akaun Google khusus yang dihubungkan dengan Kementerian Pendidikan.
Pemenang bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah AS$50,000 (RM228,925) akan diumumkan pada 19 Oktober ini.
SK Kempadang disenarai pendek daripada lebih 3,500 buah sekolah yang menghantar penyertaan dari lebih 111 buah negara.
SK Kempadang ialah sebuah sekolah rendah yang terdiri daripada murid B40 dari sebuah kampung nelayan di Pahang.
Umavathi Ramayah
Wed Sep 28 2022
Rakyat Malaysia diajak bersama-sama membantu Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang yang tercalon sebagai finalis tiga teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia membawa pulang kemenangan buat negara. - Foto Facebook SK Kempadang
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Anugerah Sekolah Terbaik Dunia: Ayuh rakyat Malaysia, undi SK Kempadang
Rakyat Malaysia diajak bersama-sama membantu Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang yang tercalon sebagai finalis tiga teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia membawa pulang kemenangan buat negara.
Dua sekolah Malaysia dalam senarai 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia
Dua Sekolah Amanah Malaysia disenarai pendek sebagai 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.