Seorang ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' yang direman lapan hari berkaitan cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berhubung anugerah darjah kebesaran dibebaskan hari ini.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan lelaki berusia 54 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM50,000 beserta seorang penjamin.
Beliau direman mengikut Seksyen 16, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana salah guna kuasa dengan meminta dan menerima rasuah untuk kepentingan peribadi.
Suspek menyerah diri kepada SPRM pada 30 Mac lalu selepas beberapa jam diarahkan berbuat demikian oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki.
Pada 25 Mac lepas, Sultan Johor mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran 'Tan Sri' daripada Yang di-Pertuan Agong. --BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2017
Suspek menyerah diri kepada SPRM pada 30 Mac lalu selepas beberapa jam diarahkan berbuat demikian oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki. - Gambar hiasan
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Bekas pengurus MARDI didakwa salah guna kuasa
Tertuduh yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengurus Inkubator MARDI Besut bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Rasuah Busters: Seksyen 17A Akta SPRM pastikan syarikat lebih telus, jujur - Akhbar Satar
Menurut Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar Seksyen 17A Akta SPRM ini dapat mengurangkan kegiatan salah laku rasuah sesebuah syarikat.
Guru besar didakwa beri kontrak RMTS kepada anak
Margreth Francis@Majidah, 58, dituduh melakukan kesalahan memberi kontrak pembekalan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) bernilai RM29, 580, kepada anaknya pada tahun 2016.
Anugerah darjah kebesaran: Tan Sri bebas dengan jaminan
Seorang ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' yang direman lapan hari berkaitan cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berhubung anugerah darjah kebesaran dibebaskan hari ini.
Salah guna kuasa: Dua pegawai kanan kerajaan direman
Mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.