KUALA LUMPUR: Dewasa ini, laporan tentang pengabaian dan penderaan anak termasuk sehingga meninggal dunia, bukan lagi sesuatu yang luar biasa. Namun, setiap kali ia berlaku, masyarakat tidak mangli dan menuntut pelaku dihukum seberat-beratnya.
Tidak sukar memahami kehendak masyarakat itu, sementelah ia melibatkan darah daging pelaku sendiri. Malah, ada kes membabitkan ibu kandung, sekali gus menimbulkan persoalan di mana naluri keibuan pelaku?
Bagi menangani isu yang dilihat semakin membarah itu, kerajaan memperkenalkan Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) dan dipinda pada 2016 yang antara lain menyaksikan Seksyen 31(1) (a) ditambah baik dengan hukuman dipertingkat kepada denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Peruntukan asal menetapkan denda maksimum RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya.
Bagaimanapun beberapa kes mahkamah membabitkan antaranya ibu tunggal serta wanita sarat hamil yang didakwa membiarkan anak tanpa pengawasan di rumah, mengundang simpati orang ramai kerana percaya si ibu tidak berniat berbuat demikian.
Mengambil kira peningkatan kos sara hidup yang menuntut golongan ibu turut keluar bekerja, ahli masyarakat berkongsi empati dilema kelompok ini yang diibaratkan ditelan mati emak, diluah mati bapa. Lebih-lebih lagi ramai yang tidak mampu menanggung kos pusat asuhan yang melangit sekarang, sementara pengasuh tidak berdaftar pula ada risikonya sendiri.
Justeru, haruskah mereka ini didakwa dan dihukum menurut Seksyen 31(1)(a) itu?
LIHAT KESELURUHAN
Peguam Muhammad Hariz Md Yusoff semasa mengulas kewajaran pendakwaan terhadap ibu bapa atau penjaga yang dikatakan tidak berniat mengabaikan anak, berkata lazimnya dalam konteks undang-undang, sesebuah kes dilihat berdasarkan fakta kejadian.
"Ia memerlukan siasatan menyeluruh pihak polis dan kemudian bergantung pada arahan pihak pendakwa raya sama ada perlu atau tidak pertuduhan jenayah dibuat ke atas penjaga terbabit," jelasnya kepada Bernama.
Malah katanya, ada sesetengah kes yang mana bagi pendakwa raya tidak perlu dituduh di mahkamah.
"... (ia adalah) budi bicara pendakwa raya untuk mulakan pendakwaan itu, atau ada juga pada peringkat siasatan, polis mendapati elemen yang ada tidak memenuhi kriteria kesalahan menurut peruntukan tersebut," tambah beliau.
Ulas Muhammad Hariz, dalam konteks undang-undang jenayah, sesuatu pertuduhan ke atas tertuduh perlu memenuhi memenuhi elemen-elemen asas iaitu actus reus (perbuatan) dan mens rea (niat melakukan jenayah).
"Bagi peruntukan dalam Akta 611 ini, ia menyatakan tidak semestinya berlaku kecederaan atau kemalangan terhadap fizikal atau emosi kanak-kanak (mangsa), tetapi jika wujud kebarangkalian risiko yang bakal mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak tersebut sudah mencukupi untuk seseorang penjaga dikatakan berlaku cuai atau abai," jelasnya.
Menurutnya lagi, undang-undang digubal bagi melindungi semua pihak secara adil, justeru memang wajar dan perlu ibu bapa atau penjaga didakwa di mahkamah sekiranya melakukan perbuatan yang digariskan dalam Akta 611.
"Berdasarkan trend kes-kes yang dibawa ke mahkamah, kebanyakan kes pengabaian dan kecuaian terhadap kanak-kanak melibatkan kematian atau kecederaan kepada kanak-kanak tersebut," katanya yang berpendapat kanak-kanak sama sekali tidak harus ditinggalkan tanpa pengawasan walaupun di dalam rumah.
UNDANG-UNDANG MENCUKUPI
Mengulas mengenai hukuman yang dilihat agak keras berbanding negara lain, peguam itu berkata setiap negara mempunyai penggubal undang-undang yang akan melihat kesesuaian undang-undang yang bakal digubal dengan masyarakat di negaranya.
"Di Malaysia, undang-undang digubal di Parlimen, dan dari semasa ke semasa, pindaan atau gubalan undang-undang baharu akan dibuat berdasarkan kajian jawatankuasa berkaitan," katanya.
Memetik undang-undang berhubung kebajikan kanak-kanak di United Kingdom, beliau berkata seseorang anak yang dibiarkan tanpa pengawasan untuk tempoh singkat akan dipantau sementara oleh pihak berkuasa.
"Pada masa sama, pihak berkuasa akan cuba menghubungi dan mendapatkan penjaga anak terbabit. Jika ia berlaku dalam tempoh yang lama, maka pihak berkuasa akan menempatkan anak itu di rumah kebajikan sekiranya tidak diketahui keberadaan penjaga atau keluarga terdekat anak terbabit.
"Hukuman di negara itu adalah denda atau tambahan denda dan penjara maksimum 14 tahun. Di Algeria pula, sekiranya disabitkan kesalahan sama, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara satu hingga tiga tahun. Namun, jika pelaku adalah ibu bapa atau penjaga sah, maka hukuman diberatkan kepada penjara dari dua hingga lima tahun," katanya, menambah India pula mengenakan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengulas lanjut, beliau berpandangan hukuman sedia ada harus dipertingkatkan lagi termasuk sebatan bagi kesalahan pengabaian dengan niat yang melibatkan kecederaan serius atau kematian.
"Bagi kesalahan pengabaian yang tidak melibatkan kematian atau kecederaan serius atau kecederaan, mungkin boleh dilaksanakan hukuman pemantauan dua tahun oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sesi kaunseling sebulan sekali," saran Muhammad Hariz.
"(Dalam konteks jenayah pengabaian terhadap kanak-kanak) kepentingan awam menjadi faktor utama demi mengekang kejadian buruk atau tragedi seumpamanya diulangi oleh penjaga lain," tegas beliau.
HUKUMAN BUKAN JALAN PENYELESAIAN
Pakar kaunseling bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza.
Beliau melihat isu pengabaian anak yang dikatakan berlaku tanpa niat mempunyai kaitan dengan faktor kewangan sesebuah keluarga selain ketiadaan kemudahan pusat penjagaan.
Ujarnya, walaupun kerajaan telah mewujudkan dasar penubuhan pusat penjagaan di tempat kerja, tidak semua majikan berkemampuan mengadakan kemudahan itu.
Selain itu, masih ada isu lain seperti kekangan masa, waktu kerja yang tidak fleksibel dan kapasiti pusat penjagaan yang terhad, tambahnya.
Beliau memberi contoh kes yang sedang dikendalikannya menerusi program anjuran Anjung Kaunseling Keluarga, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Kajang, Selangor.
"Ia melibatkan peniaga gerai di tepi jalan yang terpaksa membawa enam anaknya ke tapak berniaga kerana tidak ada orang dewasa di rumah. Jika tinggal di rumah, anak-anak berdepan isu keselamatan kerana rumah yang disewa tidak ada jeriji tingkap dan pintu.
"Empat anak bersekolah menengah dan rendah, manakala dua lagi masih kecil. Jika dilihat dari segi keselamatan, adalah tidak selamat termasuk di tapak gerai. Semasa program kaunseling, kanak-kanak itu mengeluh kepenatan dan keletihan kerana tidak cukup tidur dan rehat akibat terpaksa mengikut ibu bapa ke tapak berniaga dalam tempoh lama hingga 1 pagi setiap hari," ceritanya.
Sehubungan itu, Norhayati mengesyorkan agar ibu bapa yang telah didakwa atas kesalahan pengabaian anak diberikan kaunseling keluarga bersama anak-anak yang telah diabaikan kerana kaedah itu dapat memberi peluang mereka berkongsi perasaan serta mampu membina ikatan kekeluargaan.
"Peluang meluahkan perasaan juga mampu mengurangkan rasa marah, sedih dan kecewa di antara anak-anak dan ibu bapa. Malah daripada proses kaunseling ini kita boleh mendapat resolusi, iaitu tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa selepas berbincang dengan semua ahli keluarga, terutama anak-anak," katanya.
PERLU ADA MEKANISME
Sementara itu, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan garis panduan untuk majikan bagi menyediakan kemudahan pusat penjagaan di tempat kerja.
Setiausaha Agungnya Datuk Hishamuddin Hashim berkata bagi majikan yang tidak mempunyai kemampuan untuk menubuhkan pusat sedemikian, mereka boleh memberikan elaun khas kepada pekerja yang meninggalkan anak di pusat penjagaan.
"Majikan perlu bersifat lebih mesra pekerja dengan tidak meletakkan segala komitmen ke atas pekerja. Sebaliknya perlu bersama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi pekerja termasuk soal penjagaan anak semasa bekerja," katanya kepada Bernama.
Bagi menghargai inisiatif majikan, beliau berkata kerajaan boleh memberikan insentif kepada pihak terbabit seperti pengurangan kadar cukai korporat.
Ini katanya secara tidak langsung dapat menggalakkan lebih ramai majikan berasa terpanggil untuk bersama-sama membantu menyelesaikan isu penjagaan anak pekerja mereka memandangkan peningkatan kos sara hidup yang semakin mencengkam sekarang.
"Bayangkan golongan B40 berpendapatan bawah RM2,000 sebulan. Jika letakkan anak di taska, kosnya mahal. Ini belum lagi kos makan, penginapan dan pengangkutan," katanya yang turut berpandangan setiap kes pengabaian anak perlu dilihat berdasarkan situasi, bukan pukul rata.
Selain itu, Hishamuddin juga melihat pendekatan Bekerja Dari Rumah (BDR) sebagai antara jalan terbaik selain waktu bekerja anjal.
"Di zaman serba moden ini, waktu anjal adalah langkah terbaik. Dalam konteks ini kita lihat sama ada sasaran tugasan dapat disiapkan atau tidak, bukan hanya melihat kepada jumlah masa bekerja," katanya, menambah jika sasaran kerja dapat disiapkan lebih awal, maka pekerja boleh dibenarkan pulang sebelum habis waktu bekerja.
Bagi Norhayati pula, beliau menekankan pada kerjasama pelbagai kementerian dan NGO dalam membantu keluarga miskin terutama di bandar, menerusi penyediaan kemudahan penjagaan anak.
"NGO seperti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di taman perumahan atau ahli jawatankuasa kampung sewajarnya memainkan peranan membantu keluarga yang memerlukan sokongan menjaga anak-anak terutama yang masih kecil dan memerlukan pengawasan orang dewasa.
"Pusat transit juga boleh dibina oleh pusat zakat setempat dengan tujuan menjaga kesejahteraan ummah generasi muda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023

Hukuman sedia ada harus dipertingkatkan lagi termasuk sebatan bagi kesalahan pengabaian dengan niat yang melibatkan kecederaan serius atau kematian. - Gambar hiasan
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung
Pasangan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka berusia 10 tahun sehingga terpaksa dirawat di hospital.

Jururawat mengaku tidak bersalah sebabkan kematian bayi berusia sebulan
Nur Ain Natasha Mohd Sabri, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Suami isteri didakwa tinggalkan dua anak dalam kereta
Sepasang suami isteri didakwa meninggalkan dua anaknya yang masih kecil tanpa pengawasan dalam kereta yang tidak dimatikan enjin.

Kes penganiayaan, pengabaian kanak-kanak di Perak meningkat
Kes berkenaan terbahagi kepada empat jenis penderaan iaitu penderaan seksual, fizikal, emosi dan pengabaian.

KPWKM kendali 2,959 kes penderaan, pengabaian kanak-kanak setakat Mei 2023
KPWKM kendali sebanyak 2,959 kes penderaan berbentuk fizikal, seksual, emosi dan pengabaian kanak-kanak setakat Mei 2023.

Bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia, polis tahan pengasuh
Polis menahan seorang wanita yang disyaki melakukan pengabaian ketika mengasuh seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, sehingga mengakibatkan bayi itu meninggal dunia.

Antara sengaja abai atau tidak, tujuan undang-undang lindungi anak - Pakar
Undang-undang digubal bagi melindungi semua pihak secara adil, justeru memang wajar dan perlu ibu bapa atau penjaga didakwa di mahkamah.

Kanak-kanak empat tahun maut terjatuh dari tingkat 35 kondominium
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 35 sebuah kondominium di Jalan Perdana 3/10, Pandan Perdana di sini, Isnin.

Hannah Yeoh saran penubuhan Kementerian Kanak-Kanak
Hannah Yeoh menjelaskan saranan itu dibuat ekoran isu penindasan, penderaan dan gangguan seksual serta pengabaian terhadap kanak-kanak yang semakin meningkat terutama ketika tempoh PKP.

Ibu tunggal didakwa abaikan tiga anak kandung
Tertuduh, Siti Minah Muhammad, 32 tahun, memohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda mengikut Seksyen 33(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.