BARCELONA: Sempena Mobile World Congress Barcelona 2023 (MWC 2023), jenama Nokia antara yang menjadi bualan hangat bagi pengunjung yang hadir.
Mana tidaknya, jenama yang pernah menjadi gergasi telefon mudah alih satu masa dahulu kini muncul dengan reruai bersaiz mega beserta reka bentuk yang futuristik.
Kehadiran Nokia kali ini dilihat sebagai salah satu strategi penting untuk memberitahu kepada dunia bahawa Nokia sekarang tidak sama seperti dahulu.
Menerusi kenyataan media pada Ahad, Pekka Lundmark, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nokia menjelaskan, Nokia kini sedang mengemaskini strategi perniagaan mereka untuk menjadi pemboleh utama (key enabler) kepada teknologi terbaharu.
"Nokia kini merupakan peneraju inovasi teknologi secara perniagaan kepada perniagaan (B2B) yang merintis masa depan di mana rangkaian (network) bertemu awan (cloud)," katanya.
Untuk rekod, ini merupakan perubahan logo yang pertama buat Nokia sejak ia diambil alih oleh HMD Global yang meneruskan penggunaan logo klasiknya yang dikenali di seluruh dunia.
Pada masa sama, pendekatan perkongsian dengan kumpulan penyelidikan terutamanya dalam inovasi rangkaian telah menyebabkan wadah inovasi Nokia kelihatan agak 'gila'.
Mana tidaknya, Nokia merancang untuk membangunkan rangkaian selular pertama di bulan dengan teknologi 4G menerusi inisiatif penyelidikan bersama Bell Labs.
"Siapa nak pakai telefon kat bulan? Orang pun tak ada kat sana!" kata salah seorang pengunjung yang mengunjungi reruai Nokia di WMC 2023.
Menurut Presiden Nokia Bell Labs, Thierry Klein, projek yang dimulakan pada 2020 itu sedia untuk dilancarkan pada 2023 dengan kerjasama Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Kerjasama ini akan membolehkan rangkaian LTE di bulan menunjukkan bagaimana teknologi selular canggih boleh digunakan untuk komunikasi kritikal dalam penerokaan planet masa hadapan.
Di sebalik 'kegilaan' ini, aspirasi yang ditunjukkan Nokia dalam strategi baharunya memungkinkan sebarang idea dapat dilaksanakan dan paling penting dapat dikomersialkan sewajarnya.
Maka tidaklah penyelidikan saintifik sekadar menjadi pelengkap kepada koleksi penerbitan kajian di institusi pendidikan tinggi semata-mata.
Hilal Azmi, Ibrahim Sani
Thu Mar 02 2023

Logo baharu Nokia mendapat respon pelbagai warganet. Akan tetapi bagi Nokia, inilah masa hadapan kepada strategi baharu yang kini dibangunkan. - Foto Nokia

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.

Antara penjenamaan semula dan 'kegilaan' baharu Nokia
Projek yang dimulakan pada 2020 itu sedia untuk dilancarkan pada 2023 dengan kerjasama NASA.