Kedai Khadijah di Felda Sahabat yang letaknya hampir 100 meter dari tempat saya menginap merupakan lokasi saya bersarapan setiap pagi sejak hari pertama ditugaskan melapor perkembangan kes pencerobohan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah.
Menunya biasa-biasa sahaja — roti canai dan nasi lemak — cuma luar biasanya akhir-akhir ini, pelanggannya merupakan anggota keselamatan atau anggota RELA yang juga merupakan penduduk di sini. Mereka ini jadi teman sembang pagi.
Satu kelainan yang saya bawa ke kedai ini ialah meminta pemiliknya menukar rutin saluran televisyennya daripada sukan kepada Astro Awani.
Pernah saya ditanya mengapa perlu tukar siaran, jawapan saya mudah: Kenapa hendak menonton perlawanan bola sepak luar negara jika boleh melihat kampung sendiri dalam kaca televisyen, dan disaksikan penduduk di seluruh dunia?
Selepas berbual mengenai pendek situasi semasa, saya minta diri untuk ke pusat media. Namun sebelum meninggalkan mereka, seorang 'Abang RELA' meminta saya menyampaikan salam pada pembaca berita Awani 7.45 pagi ini, Izza Izelan. Saya hanya mengangguk.
Selepas sidang media harian hari ini, petugas media mengikut rancangannya akan dibawa ke Kampung Tanduo, sebuah kawasan "zon merah" yang mungkin menjadi 'transit' saki baki pengganas sebelum ditangkap atau ditembak mati oleh anggota keselamatan negara.
Selepas situasi agak tegang pada Jumaat, dengan laporan terkejut beberapa agensi media mengenai serangan di Kampung Kembara Sakti yang sedikit bercanggah dengan maklumat Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang, saya dapat rasakan mungkin ada lagi kejutan dalam berita hari ini.
Sidang media oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan komander utama penceroboh Sulu dan penyelaras utama gerakan mereka di Lahad Datu telah ditahan.
Cerita kejayaan anggota keselamatan hari ini boleh dianggap menutup 'huru-hara' insiden di Kampung Kembara Sakti akibat khabar angin semalam.
Saya bagaimanapun dikejutkan dengan penangguhan 'lawatan' ke Kampung Tanduo dengan alasan keadaan masih tidak mengizinkan. Sebelum itu, pada sebelah pagi, ada wakil media yang mengikuti tinjauan marin di pesisir pantai Felda Sahabat sehingga ke Kampung Sungai Bilis. Perjalanan itu melintas Kampung Tanduo.
Menurut sumber, masih ada kepulan asap akibat bom di kawasan Kampung Sungai Bilis. Maksudnya apa? Terkejut juga saya kerana sebelum ini dimaklumkan bahawa Ops Daulat sudah sampai ke penghujung.
Saya teringat pesan seorang anggota keselamatan sewaktu sarapan pagi tadi yang berpesan kalau dibenarkan masuk ke Kampung Tanduo — yang hari ini tertangguh kerana keadaan tidak mengizinkan — jangan sekali-kali meninggalkan kumpulan.
"Di Tanduo tu, kalau berjalan masih belum selamat. Masih ada yang jahat. Kalau masuk biar ramai-ramai, takut ditembak," katanya.
Jujurnya, hati saya jadi sedikit gusar. Sebagai wartawan yang duduk dekat di barisan depan, maklumat yang datang dan diterima bersimpang-siur sekaligus rencam.
Etika wartawan menetapkan bahawa tugas wartawan ialah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar. Tetapi dalam mengejar kebenaran itulah maklumat dari barisan depan datang bersimpang-siur.
Maklumat yang bersimpang-siur itulah yang membuatkan saya terkejut.
Wan Syamsul Amly
Sat Mar 23 2013
![Antara 'Opocot' dan 'Ops Daulat' Antara 'Opocot' dan 'Ops Daulat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/51364045408_295x200.jpg)
![Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720321369_kontinjennegara.jpg)
Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas
Kontinjen negara menamatkan kempen di temasya AUG 2024 dengan aksi terpuji apabila membawa pulang 38 pingat emas selepas 11 hari berjuang.
AWANI Ringkas: Susulan PRK DUN Sungai Bakap
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan' EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720320065_SpainsDaniCarvaja.jpg)
EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan'
Anthony Taylor menerima penghinaan ketika di bilik persalinannya oleh barisan kejurulatihan pasukan Jerman.
![Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat tiba ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat tiba ke Majlis Sambutan Maal Hijrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720321132_MajlisSambutanMaal.jpg)
Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat tiba ke Majlis Sambutan Maal Hijrah
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula
Ratusan pelancong yang terkandas di Cancun berpusu-pusu ke lapangan terbang antarabangsa bandar itu pada Sabtu bagi menjadualkan semula penerbangan mereka dan pulang ke tanah air selepas Taufan Beryl melanda pantai Mexico.
Presiden baharu Iran berikrar mendengar rintihan rakyat
Presiden terpilih Iran Masoud Pezeshkian dalam ucaptamanya sebagai Presiden - berikrar akan menjadi telinga yang mendengar kata-kata rakyat.
Penduduk Gaza diserang penyakit berjangkit dan kutu
Penduduk yang berlindung di kem pelarian Deir Al-Balah berkata bahawa penyakit berjangkit dan kutu sedang merebak secara meluas disebabkan kekurangan bekalan air bersih dan bahan kebersihan diri.
![334 usahawan mikro Pahang terima geran i-TEKAD berjumlah RM1.67 juta 334 usahawan mikro Pahang terima geran i-TEKAD berjumlah RM1.67 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720318919_ZaharuddinAlias.jpg)
334 usahawan mikro Pahang terima geran i-TEKAD berjumlah RM1.67 juta
Geran berjumlah RM1.67 juta telah dikeluarkan bagi membantu usahawan kumpulan B40 dan asnaf.
Kerajaan Madani insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Perdana Menteri menerima suara rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap susulan kekalahan calon Gabungan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung di kawasan itu, pada Sabtu.
![Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706680207_scam.jpg)
Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Dalam tempoh 3 April hingga 18 Jun mangsa telah membuat pindahan wang ke lapan akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM400,900.
![Hab Lembu Pedaging Felda Sahabat jadikan Sabah pengeluar terbesar - Mustapha Hab Lembu Pedaging Felda Sahabat jadikan Sabah pengeluar terbesar - Mustapha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637402824_Tandatanganplak.jpg)
Hab Lembu Pedaging Felda Sahabat jadikan Sabah pengeluar terbesar - Mustapha
Lebih RM12 juta peruntukan diluluskan untuk projek hab itu di kawasan seluas 6,837.46 hektar ladang ternakan serta kawasan meragut.
![Belum ada keperluan PKPD di Felda Sahabat - PJP Sabah Belum ada keperluan PKPD di Felda Sahabat - PJP Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81587377260_DatukZainiJass.jpg)
Belum ada keperluan PKPD di Felda Sahabat - PJP Sabah
Sehingga keputusan saringan kesihatan diperolehi, pasukan keselamatan dan agensi bersama akan melipatgandakan kawalan.
![Kami 'lapar' di sini Kami 'lapar' di sini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365674480_120x90.jpg)
Kami 'lapar' di sini
Catatan akhir wartawan Wan Syamsul Amly yang menamatkan liputannya di Lahad Datu, Sabah.
![Semua mahu jadi Sarjan Hassan Semua mahu jadi Sarjan Hassan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/51364391572_295x200.jpg)
Semua mahu jadi Sarjan Hassan
Wan Syamsul Amly yang membuat liputan Ops Daulat di Lahad Datu meneruskan siri catatan pemerhatiannya. Kali ini, beliau bertanya: Siapa mahu jadi macam Buang dalam filem Sarjan Hassan?
![Mee segera macam spageti Mee segera macam spageti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/81364129297_295x200.jpg)
Mee segera macam spageti
Wartawan Astro AWANI Wan Syamsul Amly yang kini berada di Felda Sahabat kongsi pengisian 'slow talk' antara beliau dan anggota yang dikenali sebagai Pok Din.
![Antara 'Opocot' dan 'Ops Daulat' Antara 'Opocot' dan 'Ops Daulat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/51364045408_295x200.jpg)
Antara 'Opocot' dan 'Ops Daulat'
Coretan wartawan Wan Syamsul Amly yang menjadi barisan hadapan Astro Awani bagi melaporkan kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
![Kalau tak ada angin... Kalau tak ada angin...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/71363958171_295x200.jpg)
Kalau tak ada angin...
Wartawan Astro Awani, Wan Syamsul Amly yang kini bertugas di Lahad Datu menceritakan pengalaman beliau di sana.
![Masanya sudah hampir tiba Masanya sudah hampir tiba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/41363617690_295x200.jpg)
"Masanya sudah hampir tiba"
Catatan wartawan Wan Syamsul Amly yang ditugaskan membuat liputan Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah yang kini dijangka masuk ke fasa hari-hari terakhir.