KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa hari ini menjelaskan kekeliruan mengenai peratusan capaian 5G di bandar-bandar utama.
Beliau berkata peratusan capaian 5G yang disasarkan mencapai 40 peratus pada akhir tahun itu adalah merujuk kepada penyediaan prasarana oleh Digital Nasional Berhad (DNB).
"Saya faham apabila ada sesetengah orang kata... kita kata sudah ada liputan 5G di Kuala Lumpur dan sebagainya, kenapa kita belum terima? Sebenarnya belum sampai ke tahap itu, peratusan yang diberikan itu ialah apa yang disyaratkan kepada DNB untuk menyediakan prasarana di beberapa lokasi.
"Sekarang ini lebih 2,000 lokasi yang telah disiapkan tetapi servis kepada orang ramai itu perlu dilaksanakan oleh syarikat-syarikat telco yang mempunyai lesen," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang meminta penjelasan mengenai peratusan capaian 5G di bandar-bandar utama yang masih belum dapat dinikmati pengguna khususnya di Petaling Jaya.
Bernama
Thu Oct 06 2022
Annuar berkata peratusan capaian 5G yang disasarkan mencapai 40 peratus pada akhir tahun itu adalah merujuk kepada penyediaan prasarana oleh DNB. - Gambar fail
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
Kelantan bakal terima capaian jalur lebar 5G lebih awal - Annuar
Annuar berkata, secara strategiknya Kelantan akan dibangunkan sebagai hub logistik kawasan timur yang penting.
Annuar perjelas kekeliruan peratusan capaian 5G
Peratusan capaian 5G yang disasar mencapai 40% pada akhir tahun itu adalah merujuk kepada penyediaan prasarana oleh Digital Nasional Berhad (DNB).