Dek pemerhatian terbuka Malaysia pertama, untuk peminat aktiviti pemerhatian pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, kini dibuka untuk orang ramai.
Dinamakan 'Anjung Spotter' yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa bagi merakamkan saat pesawat berlepas dan mendarat di KLIA itu, dibina dengan kos RM300,000.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) Raja Azmi Raja Nazuddin berkata pihaknya merancang menjadikan Anjung Spotter sebagai satu destinasi wajib dikunjungi pelancong, yang tiba di KLIA.
"Pada masa ini, terdapat ramai peminat aktiviti permerhatian pesawat yang datang ke sini, untuk bertemu peminat yang sama di Malaysia, sebelum merakamkan pelbagai gambar di sekitar lapangan terbang (KLIA)," kata Raja Azmi di pelancaran Anjung Spotter di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi MAHB Tan Sri Zainun Ali.
Dek pemerhatian tersebut dibina dalam lingkungan 10 kilometer persegi KLIA itu bagi membolehkan orang ramai merakamkan gambar saat pesawat berlepas dan mendarat dari kawasan yang strategik.
Peminat aktiviti pemerhatian pesawat dan penerbangan, kini mempunyai lokasi terbaik bagi melihat pesawat yang mendarat melalui Landasan 32 Kiri, yang terletak di Jalan Pekeliling, daripada dek tersebut.
Raja Azmi berkata, MAHB berharap Anjung Spotter akan menjadi tarikan pelancong yang terkenal seperti yang ada di Perth, Australia; Frankfurt, Jerman dan Lapangan Terbang Antarabangsa Raleigh-Durham di Amerika Syarikat.
Katanya MAHB juga sedang mengenal pasti beberapa lagi lokasi di lapangan terbang di bawah kelolaannya untuk dibina dek seperti itu bagi memberikan pengalaman yang sama untuk peminat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 17 2019
Seorang jurugambar merakamkan gambar dari dekat kapal terbang mendarat dan berlepas di Anjung Spotter Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Bernama
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Anjung tinjau kapal terbang terbuka pertama dibuka di KLIA
'Anjung Spotter' yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa bagi merakamkan saat pesawat berlepas dan mendarat di KLIA itu, dibina dengan kos RM300,000.