SEPANG: Bahaya kemalangan jalan raya dan kematian akibat nahas tersebut disifatkan lebih besar berbanding kes COVID-19.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keadaan itu semakin membimbangkan kerana literasi komuniti jalan raya di negara ini masih berada pada tahap tidak memuaskan.
Justeru tegas beliau, persepsi tersebut perlu diubah bagi memastikan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya dapat dikurangkan.
“Banyak pihak yang telah mencadangkan kepada saya bahawa kempen kita mesti mengambil kira bagaimana kita memberikan kesedaran kepada orang ramai bahawa nahas atau kemalangan jalan raya ini bahayanya lebih besar daripada COVID-19.
“Kalau masa COVID-19, setiap hari ada membuat laporan, berapa orang kena COVID-19 dan berapa kematian dan sebagainya.
“Sebenarnya kadar kematian di atas jalan raya lebih banyak daripada orang meninggal disebabkan COVID-19.
“Ini sesuatu yang amat membimbangkan kita. Tetapi kesedaran dan kebimbangan orang ramai terhadap kemalangan jalan raya ini tidak sebesar kebimbangan mereka terhadap COVID-19. Persepsi itu mesti kita ubah,” katanya di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan di kawasan Rehat & Rawat Dengkil (Arah Utara).
Hadir sama Menteri Kerja Raja, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 1.3 juta individu maut setiap tahun akibat kemalangan jalan raya, manakala antara 20 dan 50 juta lagi mengalami kecederaan termasuk hilang upaya.
Laporan berkenaan menyatakan, lebih daripada 90 peratus kematian lalu lintas jalan raya berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Mengulas lanjut, Loke berkata berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Januari hingga Disember 2021, sebanyak 370,286 nahas jalan raya telah direkodkan dengan 4,539 kematian.
Manakala, dari Januari hingga September tahun lalu, sebanyak 402,626 nahas jalan raya direkodkan dengan 4,379 kematian.
"Ini angka-angka yang cukup besar, yang menyakitkan hati kita. Melihat begitu ramai yang terbunuh di atas jalan raya.
“Selain daripada itu, berdasarkan data Op Selamat daripada PDRM sebanyak 11,325 kes kemalangan jalan raya, dengan sebanyak 108 kes kemalangan maut dan 119 kes kematian direkodkan di sepanjang tempoh pelaksanaan Op Selamat Tahun Baharu Cina pada 2022.
“Kadar kematian sebanyak 119 pengguna jalan raya pada 2022 merupakan kadar yang membimbangkan,” katanya lagi.
Loke menambah setiap nahas jalan raya bukan sahaja mencetuskan kerugian ekonomi dengar anggaran RM3.12 juta seorang, tetapi turut membawa kepada impak kewangan yang amat tinggi.
“Ini bagi tujuan pembaikan infrastruktur, bayaran pampasan, kos perubatan dan lain- lain kos.
“Nahas jalan raya juga turut membawa kepada implikasi negatif kepada tahap efisiensi sistem pengangkutan jalan raya (seperti kesesakan lalu lintas, kehilangan masa, pembaziran sumber kewangan), yang mutakhirnya akan menjana kesan negatif kepada aspek kemajuan sosio-ekonomi dan pembangunan negara, amnya,” ujar beliau lagi.
Hasimi Muhamad
Tue Jan 17 2023
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keadaan itu semakin membimbangkan kerana literasi komuniti jalan raya di negara ini masih berada pada tahap tidak memuaskan. - Gambar fail
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Gegar Vaganza 11: Ronnie Hussein tersingkir, enam finalis ke konsert akhir
Enam peserta ke konsert akhir ialah Dadali Dyrga, Ning Baizura, Zehra Zambri, The Lima, Liza Aziz dan Sheila Abdul.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
Subsidi tambang penerbangan musim perayaan kurangkan rungutan rakyat - Loke
Langkah kerajaan melanjutkan pemberian subsidi mengurangkan rungutan rakyat mengenai harga tiket penerbangan yang mahal.
Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.
KTMB tawar tren tambahan sempena musim perayaan, 630 tiket disediakan sehari
KTMB menyediakan tren ETS tambahan bagi perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL Sentral sempena Tahun Baharu Cina.
Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.
MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Prasarana sedia 300 van DRT baharu untuk keselesaan pengguna LRT, MRT - Loke
Operasi 300 van baharu yang mesra OKU tersebut akan bermula secara berperingkat antara Februari sehingga Jun depan.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
MOT tiada kompromi, sifar toleransi isu integriti - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengamalkan pendekatan tiada kompromi dan sifar toleransi terhadap isu integriti melibatkan pegawai penguat kuasa di bawah kementerian itu, kata Menterinya Anthony Loke.