MELAKA TENGAH: Seorang anggota tentera terjatuh sebelum disahkan meninggal dunia selepas menyertai Program Larian Bersama Bomba 2024 Malaysia Madani di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir malam Sabtu.
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka kira-kira jam 10.25 malam.
Terdahulu, dia sempat merakamkan gambar kenangan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem, sebelum acara larian bermula.
Mohd Noor Helmy yang turut menyertai larian itu berkata, mangsa dikatakan telah berjaya menyelesaikan larian sejauh lima kilometer dan rebah ketika sesi cabutan bertuah berlangsung.
"Allahyarham sempat berswafoto bersama saya serta beberapa peserta lain sebelum memulakan larian dan kemudian lebih kurang pukul 10 malam saya dimaklumkan mangsa rebah dan dibawa ke Hospital Melaka menaiki ambulans.
"Kemudian saya dimaklumkan Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.25 malam ketika sedang menerima rawatan dan saya juga telah ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk menziarahi waris mangsa," katanya ketika dihubungi di sini.
Difahamkan Allahyarham yang bertugas di Markas 1 Briged, Kem Rasah, Negeri Sembilan telah menyertai tentera pada Jun 2004 dan dijadualkan pencen pada Jun tahun hadapan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata pihaknya mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah.
Ujarnya, mangsa telah cuba diberi bantuan pernafasan selama 30 minit ketika berada di Zon Merah Hospital Melaka, namun tidak berjaya diselamatkan.
"Isteri mangsa ini memaklumkan bahawa suaminya mempunyai sejarah penyakit darah tinggi sejak setahun yang lalu dan ada mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Gemas, Negeri Sembilan.
"Hasil bedah siasat yang telah dijalankan juga mendapati punca kematian adalah Coronary Atherosclerosis iaitu serangan jantung di mana tiga salur darah jantung tersumbat menyebakan oksigen berkurangan dan menyebabkan kematian," katanya dalam kenyataan di sini.
Urusan pengebumian akan dilaksanakan secara istiadat daripada Markas 1 Briged dan pasukan 4 Rejimen Artileri Diraja dan jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Paya, Segamat, Johor.
Shuhada Abdul Kadir
Sun May 19 2024

Allahyarham Mohd Irfan Faizal (gambar kecil) sempat bergambar kenangan bersama Mohd Noor Helmy sebelum acara larian bermula. - Gambar/ Sinar Harian
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.

'Abang berhasrat balik kampung' - Adik pilu kenang mesej terakhir Allahyarham Rozali
Rosliza menyatakan arwah seorang yang pendiam namun sangat mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

Jenazah Lans Koperal Mohd Hafiz selamat dikebumikan
Allahyarham Mohd Hafiz yang maut dalam kemalangan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Wajdi, Bukit Selambau, tengah malam tadi.

Tentera maut, trak dirempuh kereta terbabas
Seorang anggota tentera maut apabila trak yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta yang terbabas akibat tayar pecah dalam kejadian di Kilometer 42.1 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Agong beri sumbangan peribadi kepada waris anggota Tentera Darat maut kemalangan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberikan sumbangan peribadi kepada waris dua anggota tentera yang maut akibat kemalangan jalan raya.

Kementerian Pertahanan lakukan siasatan dalaman kematian anggota tentera di Hutan Simpan Belum
Kementerian Pertahanan akan melakukan siasatan dalaman secara terperinci insiden kematian anggota tentera yang ditemukan maut di Hutan Simpan Belum dekat Gerik, Rabu lepas.

Anggota tentera maut kereta dirempuh lori sebelum langgar pokok
Mangsa Muhammad Asyraf Romli, 22, yang bertugas di Kem Tentera, Sibu, Sarawak meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Insiden gertakan bertukar tragedi, anggota tentera maut ditikam isteri
Tindakan menggertak suami ketika bertengkar bertukar tragedi apabila pisau yang digunakan terkena bahagian paha mangsa sehingga maut.

Anggota tentera maut, isteri cedera dalam nahas kereta-lori di Gerik
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azizi Ahmad, 25 dan isterinya Nur Kamaliah Md Nor, 24.

Dua anggota tentera maut kemalangan
Mangsa menaiki kereta jenis Proton Saga dalam perjalanan ke Kem Tentera Darat Mempaga di sini.