SUNGAI PETANI: Jenazah anggota tentera, Allahyarham Lans Koperal Mohd Hafiz Haris, 30, yang maut dalam kemalangan membabitkan trak Angkatan Tentera Malaysia dengan sebuah lori di Kilometer 75 Lebuhraya Utara Selatan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Wajdi, Bukit Selambau, di sini pada jam 12.30 tengah malam tadi.
Sebaik tiba jenazah Allahyarham Mohd Hafiz disembahyangkan di masjid tersebut.
Lebih 200 orang terdiri dalam kalangan pegawai dan anggota tentera, ahli keluarga, kenalan serta penduduk setempat hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Terdahulu, mangsa menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar kira-kira jam 10.30 malam.
Astro AWANI pada Jumaat melaporkan tiga anggota tentera maut dalam kemalangan membabitkan tiga trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Kilometer 77.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat Gurun.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Selain Lans Koperal Mohd Hafiz yang bertugas di Batalion ke-3 Rejimen Sempadan di Kem Pengkalan Hulu, Perak, dua lagi identiti anggota yang maut ialah Sarjan Rozali Abdull Rani, 39, dan Koperal Mohd Asri Idris, 40.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Feb 02 2024
Ruzita Zulkifli yang juga ibu kepada Allahyarham Lans Koperal Mohd Hafiz (gambar kecil) menyiram air di pusara anaknya di Tanah Perkuburan Masjid Al Wajdi Bukit Selambau, malam tadi.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Jenazah Lans Koperal Mohd Hafiz selamat dikebumikan
Allahyarham Mohd Hafiz yang maut dalam kemalangan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Wajdi, Bukit Selambau, tengah malam tadi.