Empat warga asing termasuk seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), antara lima ditahan bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas kerana disyaki terbabit dalam aktiviti keganasan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata semua suspek terbabit ditahan dalam operasi khas di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Johor, antara 17 Nov dan 1 Dis lepas.
Empat warga asing yang ditahan itu terdiri daripada seorang guru sambilan, seorang pelajar, juruteknik dan mekanik.
"Warga Eropah berusia 44 tahun yang bekerja sebagai guru sambilan Bahasa Inggeris di Pulau Pinang ditahan kerana dipercayai menyertai kumpulan pengganas Al-Qaeda serta terbabit di dalam aktiviti keganasan di Afghanistan dan Bosnia.
"Manakala seorang pelajar warga Afrika di Petaling Jaya, Selangor ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti keganasan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kedua-dua mereka ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 untuk tujuan pengusiran.
Sementara itu seorang warga Bangladesh, 25, yang bekerja sebagai juruteknik turut ditahan disyaki merancang untuk berjihad menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria.
Warga Bangladesh itu ditahan bersama seorang warga Indonesia dan seorang anggota Rela berusia 59 tahun.
Ketiga-tiga mereka itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah bab VIA - Kesalahan Berkaitan dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).
"Anggota Rela itu ditahan ditahan di Kota Bharu, Kelantan disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan militan Daesh.
"Suspek itu yang juga bekerja sebagai tukang jahit disyaki bertanggungjawab merekrut dan mengatur anggota-anggota untuk terlibat dengan aktiviti keganasan di luar negara.
"Manakala warga Indonesia berusia 31 tahun dipercayai ketua sel ini ditahan di Johor. Suspek telah berbai'ah dengan Abu Bakar al-Baghdadi, pemimpin IS melalui Facebook pada pertengahan tahun lepas," katanya.
Khalid menambah, suspek juga disyaki bertindak sebagai fasilitator bagi mengatur individu dari Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara yang berhasrat menyertai kumpulan Daesh di Syria dan beberapa kumpulan pengganas di rantau Asia Tenggara.
Bernama
Sat Dec 05 2015
Menurut Khalid, empat warga asing yang ditahan itu terdiri daripada seorang guru sambilan, seorang pelajar, juruteknik dan mekanik. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Suri rumah rancang serangan 9 Mei antara 15 suspek pengganas ditahan
Seorang suri rumah ditahan pasukan Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM di Puchong pada 9 Mei lepas kerana merancang serangan pada hari pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada hari yang sama.
Anggota RELA, antara lima ditahan terbabit keganasan - KPN
Empat warga asing termasuk seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), antara lima ditahan bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas kerana disyaki terbabit dalam aktiviti keganasan.