IPOH: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah, enam tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Elfie Faizal Che Min, 35 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.
Mengikut pertuduhan pertama, dia yang bertugas di Balai Polis Pokok Assam, Taiping didakwa secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang tunai sebanyak RM300 daripada seorang peniaga yang menjalankan perniagaan barang lusuh dengan lesen telah tamat tempoh.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pejabat syarikat di Taman Perindustrian Pengkalan, Taiping, kira-kira jam 3.40 petang, 17 Mei 2017.
Dia didakwa di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah Sesyen 24(1) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana yang tinggi.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan, iaitu wang tunai RM300 daripada peniaga sama, di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Sesyen 24(1) Akta sama yang memperuntukan hukuman sama seperti pertuduhan pertama, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan ketiga pula, Mohd Elfie Faizal didakwa secara rasuah menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang tunai RM400 daripada peniaga sama, melalui seorang individu lain, untuk tidak mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat lain kerana gagal mengemukakan lesen perniagaan barang lusuh.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di premis yang sama, kira-kira jam 5.30 petang, pada 4 April 2017.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Sesyen 24(1) akta sama, yang juga memperuntukkan hukuman sama seperti tuduhan pertama dan kedua, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 untuk semua pertuduhan dan menetapkan 9 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor manakala tertuduh diwakili peguam Shahidah Muslimah Roslan.
Abd Razak Mohd Ali
Wed May 03 2023
![Anggota polis mengaku tidak bersalah minta, terima rasuah Anggota polis mengaku tidak bersalah minta, terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683086215_rasuah.jpg)
Mohd Elfie Faizal Che Min mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah, pada tahun 2017. - Foto Astro AWANI
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Warga Bangladesh dituduh rogol anak tiri 12 tahun Warga Bangladesh dituduh rogol anak tiri 12 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720151018_tbdituduhrogolanak.jpg)
Warga Bangladesh dituduh rogol anak tiri 12 tahun
Tertuduh yang berusia 45 tahun dan sudah 29 tahun tinggal di Malaysia dituduh merogol anak tirinya di sebuah rumah di Ipoh pada 23 Jun lalu.
![Lans koperal tak mengaku minta rasuah RM10,000 Lans koperal tak mengaku minta rasuah RM10,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709097856_rasuah.jpg)
Lans koperal tak mengaku minta rasuah RM10,000
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
![Pesara LAP mengaku terima rasuah RM6,000 Pesara LAP mengaku terima rasuah RM6,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709095990_PesaraLAP.jpg)
Pesara LAP mengaku terima rasuah RM6,000
Mohd Zulhairi membuat pengakuan tersebut selepas faham pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
![Sarjan polis mengaku tidak bersalah rogol pelajar Tingkatan Empat Sarjan polis mengaku tidak bersalah rogol pelajar Tingkatan Empat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707360592_TBPolisjpg.jpg)
Sarjan polis mengaku tidak bersalah rogol pelajar Tingkatan Empat
Sharil Amir membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
![Dua beradik mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan, bersenjata Dua beradik mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan, bersenjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700201479_rompakan.jpg)
Dua beradik mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan, bersenjata
Ahmad Fazrin dan Mohamad Hafiz membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan hakim.
![Empat ‘scammer’ mengaku tidak bersalah tawar pelaburan tidak wujud Empat ‘scammer’ mengaku tidak bersalah tawar pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698729848_Scammer.jpg)
Empat ‘scammer’ mengaku tidak bersalah tawar pelaburan tidak wujud
KB Raman Nair, M Yeohgeswary, R Rangini dan A Kaarthik membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan terhadap mereka dibacakan.
![Guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalah cabul murid lelaki darjah enam Guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalah cabul murid lelaki darjah enam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698402340_cabul.jpg)
Guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalah cabul murid lelaki darjah enam
Seorang guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalahatas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid Darjah Enam.
![Lima rakan mengaku tidak bersalah rompak kilang elektronik Lima rakan mengaku tidak bersalah rompak kilang elektronik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696310567_rompak.jpg)
Lima rakan mengaku tidak bersalah rompak kilang elektronik
Lima rakan mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan di sebuah kilang elektronik.
![Penganggur mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur Penganggur mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691469328_Penganggur.jpg)
Penganggur mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur.
![10 lelaki didakwa seludup 35 warga Indonesia 10 lelaki didakwa seludup 35 warga Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690259921_perddaganganorang.jpg)
10 lelaki didakwa seludup 35 warga Indonesia
Seramai 10 lelaki didakwa atas pertuduhan secara bersama memperdagangkan 35 warga Indonesia termasuk kanak-kanak.