Seorang anggota polis cedera di beberapa bahagian badannya selepas dirempuh kira-kira 10 buah motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan polis.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, kejadian berlaku ketika polis sedang menjalankan Ops Lebaran di Jalan Lingkaran Tengah, Stadium Kluang lewat malam tadi.
Sebelum serbuan, ramai orang berkumpul di kawasan tersebut sambil menunjukkan aksi berbahaya.
Menyedari kehadiran polis, kumpulan tersebut cuba melarikan diri namun gagal.
Mohd Abduh berkata, dalam operasi tersebut seramai 91 individu berjaya ditahan, selain pihak berkuasa turut merampas 74 motosikal dan enam buah kereta.
Kes disiasat mengikut seksyen 353, seksyen 269, Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020, dan seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ernalisa Othman
Sun May 24 2020
Dalam operasi tersebut seramai 91 individu berjaya ditahan, selain pihak berkuasa turut merampas 74 motosikal dan enam buah kereta. - Gambar BERNAMA
Kerajaan berusaha selesai masalah air semua negeri, rentasi parti politik - PM Anwar
Kerajaan berusaha untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri-negeri menghadapi kesukaran tersebut termasuk negeri dipimpin pembangkang, dalam membantu rakyat tanpa mengira soal parti politik.
Syed Husin insan amat rapat, sentiasa jadi rujukan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Allahyarham Dr Syed Husin Ali sebagai seorang sahabat, pemikir, dan guru beliau.
Copa Amerika 2024: Colombia sah mara ke suku akhir
Colombia dan Brazil membuktikan mereka merupakan antara pasukan pilihan dalam saingan Copa Amerika 2024 selepas menang selesa terhadap lawan masing-masing, awal pagi tadi.
Colombia bergaya menundukkan Costa Rica dengan tiga jaringan tanpa balas manakala Brazil pula menjinakkan Paraguay empat satu.
Kemenangan Colombia menyaksikan pasukan itu sah menempah tiket ke suku akhir.
Ini rangkuman hari keseembilan Copa Amerika 2024.
Colombia bergaya menundukkan Costa Rica dengan tiga jaringan tanpa balas manakala Brazil pula menjinakkan Paraguay empat satu.
Kemenangan Colombia menyaksikan pasukan itu sah menempah tiket ke suku akhir.
Ini rangkuman hari keseembilan Copa Amerika 2024.
Nur Dhabitah sah ke Olimpik Paris 2024
Penerjun wanita negara Nur Dabhitah Sabri akan membuat penampilan ketiganya di Sukan Olimpik pada edisi Paris 2024, menerusi lebihan kuota yang tidak digunakan atlet negara lain.
Jangan sesuka hati buru, makan ikan Bayan, ganggu ekosistem terumbu karang
Pakar persekitaran marin mengingatkan oarng ramai supaya tidak sesuka hati memburu ikan Bayan atau parrotfish kerana ia bukan hanya boleh menyebabkan spesies itu pupus, malah memberi kesan kepada kelunturan terumbu karang.
China negara paling banyak kemuka permohonan paten pada 2022 - Laporan
China menjadi negara yang paling banyak mengemukakan permohonan paten di dunia, menyumbang hampir separuh daripada keseluruhan permohonan pada 2022.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina
Bank Dunia pada Sabtu mengumumkan kelulusan pinjaman US$750 juta bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi Filipina, lapor Xinhua.
Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat
Kadar pengangguran di Jerman pada Jun meningkat sebanyak 4,000 orang secara bulanan mencecah 2.73 juta, menjadikan kadar pengangguran negara itu pada 5.8 peratus.
Pezeshkian dahului pemilihan Presiden Iran, kemungkinan undian penentu pada 5 Julai
Keputusan awal dalam Pilihan Raya Presiden ke-14 Iran mendapati Massoud Pezeshkian mendahului setakat ini.
MITI komited bantu tingkat kesedaran jumlah pekerja sektor berkemahiran tinggi
MITI komited membantu negara meningkatkan kesedaran mengenai jumlah pekerjaan tersedia dalam sektor berkemahiran tinggi.
Enam maut dirempuh trak ketika pesta barbeku
Tujuh lagi individu masih menerima rawatan di hospital, termasuk seorang berada dalam keadaan kritikal.
Warga emas maut dirempuh kereta
Dalam kejadian pada jam 9.20 pagi itu, mangsa, Yow Kim Sun, meninggal dunia di tempat kejadian.
6 maut, 10 cedera dirempuh kereta di karnival
Siasatan awal polis mendapati, tiada unsur keganasan dan kedua-dua pemandu dan penumpang telah ditahan.
Identiti warga emas maut kemalangan empat kenderaan dikenal pasti
Mangsa dikenali sebagai Martoyo Abd Halim, 62, yang mendapat taraf penduduk tetap.
Kanak-kanak 4 tahun maut dirempuh pacuan empat roda
Terdahulu, dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, mangsa dikatakan makan bersama ibunya di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian.
Terlepas tangan bapa, kanak-kanak lari ke tengah jalan maut dilanggar kereta
Dalam insiden kira-kira jam 8.30, mangsa, Mu'tahal Assalami, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.
Seorang maut, 3 parah pacuan empat roda dirempuh lori tanah
Seorang pekerja kebun warga Bangladesh maut manakala tiga rakannya parah selepas pacuan empat roda mereka dirempuh sebuah lori tanah di Simpang Tiga Gajah Putih dekat Jenerik, di sini, pada Ahad.
Bayi 4 bulan maut kereta dirempuh pacuan empat roda
Polis menerima maklumat kemalangan itu jam 1.20 tengah hari membabitkan sebuah Toyota Hilux dan Perodua Myvi.
Gajah betina mati dirempuh beberapa kenderaan termasuk treler
Seekor gajah betina ditemukan mati di tepi jalan selepas dirempuh beberapa buah kenderaan di Batu 7, Jalan Kota Tinggi-Mersing, dekat Kota Tinggi, malam tadi.
Tapir jantan hampir setengah tan mati dirempuh kenderaan
Seekor tapir jantan seberat 450 kilogram (kg) mati akibat cedera parah selepas dirempuh kenderaan di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Felda Chiku 1, Gua Musang, pada Ahad.