KOTA BHARU:Seorang anggota Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Kuantan, Pahang, nyaris maut, selepas diheret sejauh hampir 100 meter oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disyaki dipandu penyeludup minyak masak dan tepung gandum, ke negara jiran.
Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata, kejadian kira-kira pukul 4 pagi di Lubuk Setol dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, dekat sini, Jumaat lepas itu berlaku sewaktu anggota berusia 30 tahun itu bersama rakan setugas sedang menjalankan rondaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.
"Mereka terserempak dengan dua buah pacuan empat roda yang dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan pemandu kenderaan itu berhenti untuk pemeriksaan dan sebaik hendak disoal siasat, pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero itu, terus memecut untuk melarikan diri.
"Anggota tersebut sempat berpaut pada kenderaan di bahagian pemandu dan telah diheret sejauh hampir 100 meter, sebelum terpaksa melepaskan pautannya itu selepas penyeludup tersebut cuba menghimpitnya ke sebatang tiang elektrik," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Shafien berkata, anggota tersebut dikatakan telah melepaskan dua tembakan ke arah tayar kenderaan itu, namun tersasar.
Katanya, anggota tersebut yang mengalami kecederaan calar dan lebam di beberapa anggota badan, kemudiannya telah dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pasir Mas.
Shafien berkata, sebuah lagi pacuan empat roda jenis Isuzu Trooper berjaya melarikan diri selepas melanggar bahagian belakang kenderaan yang dinaiki rakan setugas anggota PGA7 itu.
Bagaimanapun katanya, kira-kira jam 10 malam, Isuzu Trooper tersebut telah ditemui ditinggalkan dalam keadaan berkunci di Felda Kemahang, Tanah Merah.
"Hasil penemuan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun berjaya ditahan di Lubuk Setol kira-kira 10.45 malam hari yang sama, dan hasil soal siasat, lelaki tersebut mengaku terlibat dalam kejadian mengheret anggota PGA7 tersebut.
"Hasil siasatan juga membolehkan penahanan dua lagi lelaki berusia 40 dan 45 tahun pada pukul 12 tengah hari tadi," katanya, dan memaklumkan polis sedang mengesan dua lagi suspek dikenali sebagai Mohd Tarmizi, 22, dan Mohd Hafiz, 37 tahun.
Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dengan niat dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan, kerana menghalang tugas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 27 2020

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menjaga pagar sempadan Malaysia-Thailand. Gambar hiasan/ Bernama

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.

Hadis 40 Imam Nawawi: Pas akan adakan dialog bersama Gerakan - Hadi
Abdul Hadi berkata Pas sentiasa berhubung dengan Gerakan dalam membincangkan mana-mana isu berbangkit.

Ahli Gerakan perlu fokus PRN berbanding pemilihan parti - Dominic Lau
Penyandang Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau mengingatkan kepada semua ahli supaya fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) berbanding pemilihan parti.

Tiada keperluan debat projek tambak laut Pulau Pinang Selatan - Kon Yeow
Tiada keperluan untuk berdebat berhubung Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) kerana segala pertikaian mengenainya sudahpun dibincangkan secara panjang lebar sebelum ini.

PRU15: Presiden Gerakan sahkan bertanding di Pulau Pinang
Bagaimanapun, Dominic Lau masih merahsiakan kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya.

PRU15: Calon kuasai bahasa Melayu dengan baik pilihan Gerakan - Dominic
Hanya mereka yang mengusai kemahiran bahasa Melayu dengan baik akan dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Dr Dominic Lau.

Gerakan sarankan kerajaan kekalkan hukuman mati atas kesalahan jenayah kejam
Jenayah seumpama itu perlu mendapatkan hukuman setimpal terutama melibatkan kes kehilangan nyawa mangsa.

PRN Johor: PN muktamad senarai calon minggu depan - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

KEMAS gerakkan 1,256 sukarelawan bantu mangsa banjir
207 premis Tabika, Taska dan Pusat Kegiatan KEMAS di seluruh negara sudah dikenalpasti terjejas akibat banjir yang melanda.

PRN Melaka: Landskap politik norma baharu Melaka perlu diperhalusi
Situasi ini juga bakal memberi peluang yang sama rata kepada semua parti untuk meraih kemenangan.

MPN yakin Agong dapat tangani kemelut politik
Majlis Profesor Negara (MPN) berpendapat segala persoalan itu dapat diselesaikan atas kebijaksanaan dan kearifan Yang di-Pertuan Agong.