BUTTERWORTH: Mayat anggota bomba yang terjatuh ke dalam Sungai Perai semasa melakukan penyelenggaraan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) malam Khamis ditemui jam 5.32 petang Jumaat.
Jasad Mohd Izwan Illias,42 tahun ditemui pada jarak kira-kira radius 20 meter tidak jauh dari lokasi terakhir dia terjatuh.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya bersyukur akhirnya jasad anggota yang bertugas di Pasukan Penyelamat Bomba di Air (PPBA), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth itu ditemui selepas 19 jam operasi mencari digerakkan bermula jam 10.22 malam Khamis.
Katanya penemuan itu susulan tindakan mengecilkan skop pencarian hasil petunjuk anjing pengesan K9.
"Di peringkat awal dua ekor anjing pengesan K9 telah menunjukkan tanda keberadaan mangsa dalam radius 50 meter dari lokasi mangsa terjatuh.
"Berdasarkan dapatan itu selain membaca pergerakan arus sungai dalam operasi (pagi tadi) kita telah mengecilkan skop pencarian satu kilometer (km) hilir ke 500m hulu kepada radius 100m hulu ke 300m hilir.
"Akhirnya selepas 19 jam salah seorang pasukan penyelamat menemui jasad mangsa dan pengesahan telah dibuat sebelum menaikkan mayat mangsa," katanya kepada media hari ini.
Nor Hisham berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya.
"Takziah kepada pihak keluarga dan saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas yang terlibat dalam operasi ini," katanya.
Mengulas lanjut, Nor Hisham berkata, pihaknya mengklafikasikan Mohd Izwan terkorban ketika menjalankan tugasnya dan satu majlis istiadat penghormatan terakhir akan diadakan sebagai tanda menghargai komitmen Allahyarham sepanjang berkhidmat dalam pasukan JBPM.
Media sebelum ini melaporkan, seorang anggota bomba dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Perai semasa melakukan kerja penyelenggaraan bot kira-kira jam 10.10 malam Khamis.
Mohd Izwan yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth bersama seorang lagi anggota bomba hendak menambat bot berkenaan di jeti itu selepas melakukan pengujian enjin.
Mohd Izwan telah berkhidmat bersama jabatan kira-kira 19 tahun sejak 2005.
Bapa lima cahaya mata itu mempunyai keupayaan teknikal dalam bidang itu selepas berkhidmat di BBP Butterworth selama 13 tahun.
Astro Awani
Fri Feb 23 2024
Nor Hisham berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya. - Gambar JBPM
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Pasukan Remaja, Senior bersinar di ICU Cheerleading World Cup
Pasukan Malaysia meraih pencapaian luar biasa dalam kejohanan ICU Cheerleading World Cup di Korea Selatan apabila Pasukan Remaja negara merangkul tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
Guru dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran petang tadi.
Calon utama Pilihan Raya Presiden Romania buang undi
Calon Utama pilihan raya presiden Romania, Marcel Ciolacu membuang mengundi di Bucharest dalam pusingan pertama pengundian untuk ketua negara seterusnya pada Ahad.
Laluan masuk Islamabad ditutup, sekatan keselamatan dipertingkat
Ibu Negara Pakistan, Islamabad diletakkan di bawah sekatan keselamatan pada Ahad menjelang protes oleh penyokong bekas Perdana Menteri Imran Khan yang menggesa beliau dibebaskan.
2TM: Rakyat semakin memahami aspirasi Kerajaan MADANI - KSN
Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 meraih sambutan memberangsangkan dengan kehadiran pengunjung melebihi sasaran.
Anthony Blinken selamat tiba di Itali untuk mesyuarat Menteri Luar G7
Menurut Jabatan Negara Amerika Syarikatr (AS), antara isu yang bakal menjadi tumpuan utama Blinken termasuk konflik di timur tengah, perang rusia terhadap Ukraine, keselamatan Indo-Pasifik serta krisisi di Haiti dan Sudan.
Anggota bomba jatuh sungai ditemui lemas selepas 19 jam hilang
Mayat anggota bomba yang terjatuh ke dalam Sungai Perai semasa melakukan penyelenggaraan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) malam Khamis ditemui jam 5.32 petang Jumaat.