BAGAN SERAI: Mengelak risiko kecederaan selain memastikan operasi mengawal kebakaran dan penyelamatan berjalan lancar, Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai telah mengambil inisiatif mencipta robot dikenali sebagai 'Serai Gorgon 1' (SG1).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Ahmad Noor Syamsi Zainoldin berkata penciptaan SG1 bermula Julai tahun lepas dan mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan melalui idea serta penggabungan kemahiran enam anggota balai berkenaan.
Beliau berkata kos pembikinan robot seberat 71 kilogram (kg) menelan belanja sekitar RM11,000 dan 90 peratus material yang digunakan adalah daripada besi dan barangan elektrik terpakai.
"Idea untuk penciptaan robot ini pada asalnya tercetus setelah memikirkan risiko kecederaan dan kematian yang sering dihadapi oleh anggota bomba dalam pelbagai operasi terutama membabitkan kes-kes kebakaran dan penyelamatan.
"Bagi penghasilan robot itu antara material yang digunakan adalah seperti besi jenis persegi berongga dengan ketebalan 1.6 milimeter (mm), gegancu motosikal, pemercik air, motor tingkap kuasa dan sebagainya," katanya ketika ditemui Bernama di Balai Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai di sini, kelmarin.
Ahmad Syamsi berkata pihaknya juga telah bekerjasama dengan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) serta Universiti Sains Malaysia (USM) pada Ogos lepas bagi menilai keupayaan serta ketahanan SG1.
"Kerjasama itu memfokuskan kepada sesi ujian bagi menilai tahap keupayaan dan ketahanan SG1 khususnya dalam membantu operasi anggota bomba.
"Hasil dapatan daripada ujian yang dilakukan, SG1 mampu bertahan sehingga suhu mencecah 300 darjah Celsius manakala melalui kerja-kerja penyelamatan pula robot ini berupaya mengangkat beban semaksimum 250kg," katanya.
Mengulas lanjut berkaitan kelebihan dimiliki SG1, katanya robot tersebut turut dilengkapi dengan alat kawalan jauh, sistem kamera, pengesan gas, muncung semburan air dan water curtain.
"Alat kawalan jauh fungsinya adalah untuk mengawal pergerakan SG1 dalam melaksanakan operasi. Sistem kamera membekalkan isyarat secara visual berkenaan risiko yang terdapat di kawasan sekeliling.
"Pengesan gas berfungsi mengesan gas berbahaya yang terdapat di lokasi, muncung semburan air berperanan dalam mengawal pergerakan air serta jenis semburan bersesuaian yang perlu dilakukan dan water curtain pula berfungsi bagi melindungi SG1 daripada bahang panas melampau," katanya.
Selain itu, anak jati kelahiran Bagan Serai berusia 42 tahun itu menjelaskan robot tersebut turut berperanan dalam menembusi ruang-ruang sempit yang sukar ditembusi oleh anggota bomba dalam mana-mana operasi kebakaran dan penyelamatan.
"Bagi kami, robot ini adalah benteng hadapan bagi melancarkan operasi dan mengurangkan risiko atau ancaman keselamatan terhadap anggota," katanya.
Selain itu, katanya SG1 juga pernah digunakan dalam dua operasi khusus melibatkan pembakaran terbuka yang berlaku di kawasan sekitar pada Ogos dan Oktober lalu.
Bercerita mengenai pengiktirafan terhadap SG1, beliau berkata penghasilan robot itu telah menobatkan Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai selaku juara bagi Pertandingan Anugerah Minggu Inovasi Negeri Perak 2023 sempena Sambutan Minggu Inovasi Tahun 2023 JBPM yang berlangsung 16 Nov lalu.
"Pengiktirafan ini amat bermakna buat kami dan akan dijadikan sebagai azimat serta pembakar semangat dalam meningkatkan lagi produktiviti SG1 bagi melancarkan operasi sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga anggota dalam sesuatu operasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023
Ahmad Noor Syamsi akan memastikan Serai Gorgon 1 dalam keadaan baik sebelum melakukan operasi ketika ditemui di Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, 3 Dis 2023. --fotoBERNAMA
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
UTP, JBPM Seri Iskandar terima anugerah berprestij inovasi pintar
UTP JBPM Seri Iskandar telah mendapat pengiktirafan menerusi kerjasama cemerlang mereka dalam inovasi Smart Home Guard.
Anggota bomba cipta robot 'Serai Gorgon 1' bantu padam kebakaran, penyelamatan
Penciptaan SG1 bermula Julai tahun lepas, mengambil masa dua bulan untuk disiapkan melalui idea serta penggabungan kemahiran enam anggota.