Mangsa, Muhammad Asyraf Haikal Zulkepli, 18, yang bertugas di APM Slim River, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.
Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan di simpang masuk Jalan Felda Trolak Selatan itu kira-kira jam 8.15 pagi.
Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan di lokasi mendapati, semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan dari Slim River ke rumahnya di Felda Trolak Timur.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa telah terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu kanan jalan.
“Akibat perlanggaran tersebut mangsa terjatuh dan telah meninggal di lokasi kemalangan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Hasni, bedah siasat yang dijalankan mendapati kematian disebabkan ‘polytrauma secondary to road traffic accident’.
Katanya, mangsa juga dipercayai tidak mempunyai lesen memandu.