Datuk Seri Najib Tun Razak berkata andaian orang asing bahawa masyarakat Penan masih mundur adalah salah kerana kaum itu kini menikmati kehidupan model hasil pembelaan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri berkata ini membuktikan dasar dan rancangan pembangunan inklusif oleh BN tidak menyisih mana-mana kaum atau golongan masyarakat daripada menikmati arus pembangunan moden.
Katanya, beliau menyangkal tanggapan Bruno Manser, kononnya pejuang hak kaum Penan di Sarawak, bahawa masyarakat itu masih berpindah randah, memakai cawat dan ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
"Itu tidak benar. Saya melihat sendiri bahawa mereka telah moden," katanya di hadapan 2,500 orang pada majlis pemimpin bersama rakyat di Rumah Panjang Mareng di Suai Niah, terletak kira-kira 135km dari sini.
Kediaman 36-pintu itu merupakan rumah panjang moden pertama bagi komuniti Penan yang dianggarkan berjumlah 18,000 orang di seluruh Sarawak.
Penan adalah salah satu kaum dalam kumpulan etnik Orang Ulu.
Najib berkata hasil bantuan dan peluang diberi oleh BN, kehidupan masyarakat itu mula mengalami perubahan sehingga ada anak muda daripada masyarakat itu sudah berjaya menjejak kaki ke universiti.
Beliau juga menghormati pencapaian Ketua Masyarakat Penan Sarawak, Datuk Temenggung Hasan Sui, yang hadir pada majlis tersebut, yang disifatkan sebagai contoh orang Penan yang berjaya.
Hadir sama BN Kemena, Datuk Dr Stephen Rundi Utom dan calon BN Samalaju, Majang Renggi.
Pada majlis itu, Najib mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk digunakan bagi tujuan menambahbaik serta menambah kemudahan rumah panjang Mareng Penan.
Peruntukan RM200,000 juga diberikan kepada Persatuan Kaum Penan untuk tujuan pendidikan anak-anak mereka.
Selain itu, Najib turut menyampaikan surat kelulusan tawaran untuk skim pinjaman rumah panjang kepada 34 pintu di rumah panjang Mareng Penan dan rumah panjang Ngipa Tinggang yang mempunyai 89 pintu di Sebauh, Bintulu.
Sementara itu, Rundi berkata perdana menteri sentiasa mendengar rintihan masyarakat Penan dan penduduk di Kemena bukan sahaja sewaktu pilihan raya.
Beliau berharap perdana menteri akan terus prihatin terhadap masalah di luar bandar seperti bekalan air bersih dan elektrik serta jalan raya.
Hasan Sui, serang jutawan Penan, pula berkata walaupun etnik Penan adalah kumpulan kecil namun mereka tetap menyokong penuh Najib untuk terus memimpin negara.
Bernama
Sat Apr 30 2016

Najib beramah mesra dengan masyarakat Penan pada majlis pemimpin bersama rakyat di rumah panjang Mareng Penan di Suai, Niah DUN Kemena hari ini. --fotoBERNAMA (2016)
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Andaian orang asing bahawa Penan masih mundur adalah salah - Najib
Dasar dan rancangan pembangunan inklusif oleh BN tidak menyisih mana-mana kaum atau golongan masyarakat daripada menikmati arus pembangunan moden.