PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan diberitahu laporan analisis kewangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini membebaskan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim daripada tuduhan membabitkan rasuah.
Dalam penghujahan, peguam bela Amer Hamzah Arshad memberitahu, di sebalik laporan itu, anak guamnya itu masih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan projek jalan raya di Kedah dan Perak serta pengubahan wang haram
Memetik MalaysiaKini, Mahkamah Rayuan di sini, pada Isnin mendengar hujah peguam itu atas rayuan Azeez untuk membatalkan 13 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haramnya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Baling itu merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Mac yang menolak permohonannya untuk membatalkan tiga tuduhan rasuah dan sepuluh tuduhan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Muhammad Jamil dalam keputusan memberitahu, kesemua pertuduhan itu tidak cacat dan berlandaskan peruntukan undang-undang tertuduh gagal membuktikan bahawa tuduhan itu tidak berasas, cacat atau dilakukan dengan niat jahat oleh pihak pendakwaan.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Azeez untuk menangguhkan perbicaraan utama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Semasa prosiding dalam talian hari ini di hadapan sidang hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, Amer berhujah pertuduhan itu tidak dapat dipertahankan sekiranya laporan SPRM sendiri menyatakan Azeez tidak melakukan kesalahan.
Menurutnya, laporan yang dikemukakan oleh Unit Analisis Kewangan mendedahkan penemuan bahawa penerimaan pendapatan adalah sah.
Malah katanya, SPRM mengakui syarikat Menuju Asas Sdn Bhd telah menggajikan Azeez secara sah dan oleh itu, beliau tidak dapat menerima hasil yang tidak sah daripada majikannya.
"Saya berhujah sekarang bahawa perkara (laporan siasatan SPRM) itu tidak boleh berubah-ubah. Sebaliknya, anda mengatakan dia (Azeez) menerima wang yang sah, kemudian anda mengatakan dia menerima hasil haram daripada majikan yang sama.
"Laporan ini tidak dibantah oleh SPRM. Tiada satupun pertuduhan yang dapat dipertahankan di mahkamah," kata Amer.
Semasa prosiding dalam talian di Mahkamah Rayuan, peguam itu juga mengulangi hujahannya bahawa 13 tuduhan terhadap Azeez itu cacat dan menafikan kemampuan perayu untuk memahami dan bertindak balas dengan betul.
Pada akhir prosiding, Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Oktober depan untuk mendengar balasan pendakwaan terhadap penghujahan pasukan peguam Azeez.
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali antara hakim yang mendengar kes ini.
Pendakwaan hari ini terdiri daripada timbalan pendakwa raya Aslinda Ahad dan Nik Haslinie Hashim.
Azeez menghadapi tiga tuduhan menerima rasuah RM5.2 juta berkaitan dengan projek jalan raya di Kedah dan Perak.
Dia juga menghadapi 10 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan RM13.9 juta, yang didakwa diterimanya daripada syarikat Menuju Asas.
Kesalahan rasuah itu didakwa dilakukan di CIMB Bank, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2010, dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor, pada 13 Jun 2017, dan 10 April 2018.
Berkaitan dengan tuduhan pengubahan wang haram, Azeez didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Lembah Klang, antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.
Astro Awani
Mon Sep 06 2021
Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan permohonan Abdul Azeez untuk menangguhkan perbicaraan utama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan. - Gambar fail/Astro AWANI
Korea Selatan bawa balik rakyat di Israel, Asia Barat
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol berkata keutamaan ketika ini adalah untuk melindungi keselamatan rakyat negara itu dan mengambil semua langkah yang perlu
'berhenti atau terima akibat lebih dahsyat' -Iran
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada Rabu memberi amaran kepada Israel untuk segera menghentikan jenayah kemanusiaan yang dilakukan atau bakal berdepan dengan akibat yang lebih dahsyat. Perkara itu dinyatakan Pezeshkian sehari selepas Iran melancarkan lebih 150 peluru berpandu balistik yang disasarkan ke arah Tel Aviv.
Komando Israel telah beroperasi di Lubnan sekian lama
Ini pula rakaman visual yang menunjukkan tentera Israel giat melaksanakan apa yang dipanggil mereka sebagai 'operasi darat' di selatan Lubnan.
Polis Denmark siasat dua letupan berhampiran kedutaan Israel
Pihak berkuasa Denmark masih menyiasat punca letupan tersebut, dan setakat ini tiada sebarang kecederaan.
Taufan Krathon menuju ke Kaohsiung
Penduduk yang tinggal di Kaohsiung dalam keadaan bersiap siaga berdepan ancaman taufan Krathon yang dijangka berlaku bila-bila masa sekarang. Malah, ribut dan ombak kuat membadai kawasan pesisir bandar Taiwan itu.
Trump tarik diri daripada temu bual pilihan raya di CBS "60 Minutes"
Calon presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Republikan, Donald Trump membatalkan temu bual televisyen di saluran CBS, umum program "60 Minutes" di platform X pada Rabu.
23 mayat nahas di Bangkok diserah kepada keluarga
Dalam kejadian pada Selasa, bas terbabit dilapor membawa enam guru dan 39 pelajar dari wilayah Uthai Thani bagi lawatan sekolah.
Menteri Luar Israel isytihar Guterres sebagai "persona non grata", larang masuk Israel
Menteri Luar Israel, Yisrael Katz mengisytiharkan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres sebagai "persona non grata" di Israel dan melarangnya memasuki negara itu.
[TERKINI] PM tiba di Islamabad untuk lawatan tiga hari ke Pakistan
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Islamabad bagi memulakan lawatan negara selama tiga hari ke Pakistan.
Pesawat khas yang membawa beliau selamat mendarat di Pangkalan Udara Nur Khan, Rawalpindi pada 7.55 malam waktu tempatan iaitu 10.55 malam waktu Malaysia.
Pesawat khas yang membawa beliau selamat mendarat di Pangkalan Udara Nur Khan, Rawalpindi pada 7.55 malam waktu tempatan iaitu 10.55 malam waktu Malaysia.
Jalan berlubang bukan benam atau mendapan tanah tambak
Kejadian jalan berlubang yang berlaku di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka Raya, disahkan bukan akibat mendapan tanah tambak.
Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.
Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.
Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.
Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.
Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.