APABILA Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengeluarkan kenyataan kepada semua agensi kerajaan republik itu pada Selasa supaya tidak merujuk kepada Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah Malaysia, ia sebenarnya bukanlah satu perkara baru.
Peringatan itu dikeluarkan untuk mengingatkan semua agensi berkenaan tentang surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Istana Presiden pada 20 Ogos 2008 semasa Gloria Macapagal-Aroyyo jadi Presiden. Surat pekeliling No.162 itu bertajuk: "Garis Panduan Berhubung Borneo Utara (Sabah)".
Peringatan itu disebut semula selepas perkara tersebut berbangkit dalam satu mesyuarat pada Isnin membincangkan bantuan kemanusiaan kepada warga Filipina yang meninggalkan Sabah sejak krisis pencerobohan bermula sebulan yang lalu.
Wakil sebuah agensi yang hadir dalam mesyuarat itu dilaporkan menyebut "Sabah, Malaysia" dan seorang pegawai kemudian bertanya, apakah Filipina telah mengubah dasarnya dalam isu tuntutan ke atas Sabah.
Peringatan itu boleh kita fahami. Filipina tentunya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas ia membuat kesilapan yang memalukan apabila merujuk kepada Pulau Sipadan sebagai sebahagian daripada wilayah Malaysia.
Ini berlaku semasa kes tuntutan ke atas kedaulatan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan telah difailkan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Filipina kemudian mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk mencelah.
Lucunya, kenyataan bahawa Pulau Sipadan adalah wilayah Malaysia — dan pulau itu terletak dalam wilayah pentadbiran negeri Sabah — dikeluarkan oleh pejabat Presiden. Ketika itu, Joseph Estrada adalah Presiden Filipina. Selain dokumen di atas, ada dua lagi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Presiden ketika itu yang merujuk Pulau Sipadan sebagai "pusat peranginan di Malaysia".
Kedudukan Pulau Sipadan dalam peta
Perkembangan ini membayangkan bahawa Manila mungkin sedang melakukan sesuatu berhubung tuntutan republik itu ke atas Sabah. Awal minggu ini, Setiausaha Keadilan, Leila de Lima mendedahkan bahawa pihaknya sudah menyiapkan kertas kajian mengenai kedudukan tuntutan republik itu ke atas Sabah. Kertas kajian itu katanya, diserahkan kepada Presiden Benogno Aquino III pada Jumaat minggu lalu untuk pertimbangan dan tindakan lanjut.
Kita wajar bertanya, kajian apa lagi yang mahu dibuat oleh Filipina mengenai kedudukan Sabah ini? Bukankah ia telah membentangkan sebahagian besar kesnya di ICJ semasa perbicaraan kedaulatan ke atas Pulau Sipadan dan Ligitan pada akhir Jun 2001? Antara 2001 hingga tahun ini, apakah ada apa-apa yang berubah?
Isu kedaulatan ke atas Borneo Utara — yang dilaporkan oleh media sebagai Sabah, sehingga kononnya ternampak Filipina ingin menuntut seluruh Sabah — melibatkan soal sejarah dan perjanjian lama. Satu perjanjian yang utama yang menjadi antara isu pokok ialah perjanjian penyerahan wilayah Borneo Utara oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul Azam dengan Syarikat British Borneo Utara milik Baron de Overbeck dan Alfred Dent.
Perjanjian
Ia juga melibatkan beberapa perjanjian antara Sepanyol dan Amerika Syarikat dengan Britain pada 1885, 1907 dan 1930. Sepanyol dan Amerika Syarikat terlibat dalam cerita ini kerana mereka merupakan kuasa penjajah yang pernah memiliki kedaulatan ke atas Filipina, dan sejarah mencatatkan kedua-dua kuasa itu mengakui kedaulatan Britain ke atas Borneo Utara.
Filipina mencapai kemerdekaan daripada Amerika Syarikat pada 4 Julai 1946. Sejak merdeka, soal kedudukan wilayah Borneo Utara tidak pernah timbul. Hanya apabila Tunku Abdul Rahman mengemukakan gagasan pembentukan Malaysia, barulah Filipina membangkitkan soal tuntutannya ke atas Borneo Utara pada April 1962.
Sekitar tempoh itu jugalah, waris Kesultanan Sulu menabalkan Esmail Kiram sebagai Sultan Sulu yang baru selepas kesultanan itu hilang selama bertahun-tahun sejak kematian Sultan Jamalul Kiram II pada 1936. Esmail Kiram kemudian 'menyerahkan' kepada Filipina 'kedaulatan' ke atas Borneo Utara pada September 1962, empat hari sebelum Sabah membentuk Malaysia bersama Sarawak dan Singapura.
Riwayat berakhir Kesultanan Sulu ini juga menarik, dan ada hubungannya dengan fakta sejarah yang berkait dengan soal tuntutan Filipina. Ada beberapa pandangan tentang bilakah tarikh sebenar kesultanan itu berakhir — ada tiga tarikh yang diperdebatkan iaitu Julai 1878, 1936 dan 1917 — tetapi secara ringkasnya dan senang cakap, apa yang penting ialah kesultanan itu tidak lagi wujud sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat. Titik.
Filipina juga menyandarkan kesnya kepada Perjanjian Manila yang dimeterai antara Tunku Abdul Rahman dengan Presiden Indonesia, Sukarno dan Presiden Filipina, Diasdado Macapagal pada 31 Julai 1963. Secara khusus, ia merujuk kepada Perkara 12 yang mengatakan bahawa penyertaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia tidak sama sekali memprejudiskan tuntutan Filipina ke atas wilayah Borneo Utara.
Prejudis
Perjanjian Manila itu dirujuk oleh Kuala Lumpur dan Manila dalam beberapa kenyataan bersama, nota diplomatik serta kertas rundingan yang dikeluarkan antara tahun 1964 hingga 1968. Semua dokumen diplomatik itu bagaimanapun tidak memperakui wilayah yang dituntut sebagai milik Filipina. Ia hanya mengatakan kedudukan Sabah dalam Malaysia tidak memprejudiskan tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara.
Semua ini adalah dokumen yang ada dalam sejarah dan undang-undang, dan bukannya perkara baru. Baik Malaysia mahupun Filipina, masing-masing tahu hal ini.
Itulah juga antara hujah yang dibangkitkan oleh Filipina semasa di ICJ pada 2001 dulu. Kalau Filipina merasakan ia perlu membuat kajian baru tentang kedudukan tuntutannya ke atas Borneo Utara, ya, silakan saja.
Isunya sekarang bagi Filipina bukanlah soal meneliti kedudukan tuntutannya itu atau tentang menggugurkan Malaysia dalam apa-apa rujukan mengenai Sabah. Apa yang perlu dilakukan oleh Manila sekarang ialah menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah. Filipina sudah berjanji untuk menggugurkan tuntutan itu. Pendirian itu disuarakan oleh Presiden Ferdinand Marcos di Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Asean pada 1977 tetapi tidak seorang presiden selepas beliau mengambil jalan untuk mengotakan janji itu.
Selebihnya, Filipina berhutang dengan Malaysia janji pada 1995 untuk membuka sebuah pejabat konsulat di Sabah — janji yang belum ia tepati sampai hari ini. Filipina harus berhenti main tarik tali dalam soal tuntutannya ke atas Borneo Utara. Masanya sudah tiba untuk pemimpin politik Filipina mengambil keputusan yang tidak popular iaitu menggugurkan tuntutannya itu sekaligus membuka era baru hubungan dengan Malaysia yang lebih baik.
Semua pemimpin politik tahu -- Aquino juga tentu tahu -- bahawa langkah yang baik selalunya memang tidak popular.
Noor Azam Shairi
Wed Mar 27 2013
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.
Lebih 295,000 keluarga di Filipina terjejas akibat tiga taufan kuat
Tiga taufan tropika yang melanda Filipina beberapa minggu berturut-turut menjejaskan sejumlah 295,576 keluarga.
Malaysia tiada keperluan keluarkan peta baharu - Mohamed Khaled
Malaysia tidak mempunyai keperluan untuk mengeluarkan peta baharu sempadan maritim dan akan terus mempertahankan kawasan perairan demi kedaulatan negara.
Kejohanan Dunia IESF: Malaysia humban cabaran Indonesia untuk ke Grand Final bertemu Filipina
Wakil negara akan berdepan pasukan dari Filipina dalam pusingan akhir.
Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan pelanggaran sempadan maritim
Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah hari ini.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta, tingkatkan transformasi digital Filipina
Bank Dunia meluluskan pinjaman sebanyak US$750 juta pada Rabu untuk mempercepatkan transformasi digital di Filipina.