TAMPIN: Sebuah keluarga yang sebelum ini dimaklumkan bahawa anak lelaki mereka telah meninggal dunia, terkejut apabila mengetahui anak tersebut rupanya masih hidup.
Bapa lelaki itu yang dikenali sebagai Chantren, 45, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada pihak Penjara Sungai Buloh pada 3 Mac lepas, memaklumkan anaknya berusia 19 tahun meninggal dunia sehari sebelum itu.
"Kami diminta menuntut mayatnya di Hospital Sungai Buloh, Selangor namun pihak berkenaan tidak membenarkan kami berbuat demikian sehingga saya menurunkan tanda tangan.
"Sebaik melihatnya, kami mendapati keadaan wajahnya setelah bedah siasat berbeza kerana ada kesan jahitan selain rambutnya telah dibotakkan," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Taman Desa Permai di sini pada Ahad.
Ujarnya, mayat anaknya itu telah dibawa pulang ke rumahnya kira-kira jam 12 tengah malam tadi untuk urusan pengebumian.
"Bagaimanapun sekitar tiga ke empat jam sebelum proses pengebumian dilaksanakan, pihak penjara menghubungi kami bahawa anak kami masih hidup dengan membuat panggilan video.
"Tidak tahu macam mana hendak saya gambarkan, anak kami masih hidup dan mayat siapa pula di rumah ini?
"Sehingga kini masih tidak dimaklumkan kenapa anak kami ditahan di penjara atas kesalahan apa termasuklah kekeliruan berhubung mayat yang ada di sini," katanya yang memaklumkan anaknya itu tinggal dan bekerja di Selayang sebelum ditempatkan dengan lelaki yang meninggal dunia itu.
Katanya, pihak penjara telah tiba di kediamannya untuk membawa pulang mayat tersebut selain dia juga meminta untuk bertemu anaknya di penjara.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Miaforce, S Dayalan yang turut berada di lokasi menggesa pihak bertanggungjawab menjelaskan keadaan sebenar susulan ia menyebabkan kekeliruan selain menjejaskan emosi keluarga berkenaan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 05 2023

Suasana kediaman Chantren ketika menunggu pihak penjara datang mengambil mayat berkenaan. - Foto Sinar Harian

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

'Anak kami masih hidup, mayat siapa di rumah?'
Sebuah keluarga yang sebelum ini dimaklumkan bahawa anak lelaki mereka telah meninggal dunia, terkejut apabila mengetahui anak tersebut rupanya masih hidup.

Gempa bumi Turkiye: Ibu mimpi dua anak masih hidup
Nasib anaknya Munir dan Majid masih tidak diketahui sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia.