Dua beranak maut selepas kenderaan treler muatan tiang besi itu hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di Kilometer 20 Jalan Keramat Pulai, di sini pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz, lori tersebut dalam perjalanan dari Pulau Pinang menghala ke Cameron Highlands.
"Pihak kami terima maklumat berhubung kemalangan itu pada jam 2.40 petang, pemandu lori itu dikenali sebagai Mohd Zuki Abu Bakar, 45.
"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati sebuah lori bersama muatan tiang besi yang dipandu oleh Mohd Zuki bersama-sama isteri dan anak lelaki mereka terbabas di KM 20 Jalan Keramat Pulai.
"Punca kemalangan disebabkan hilang kawalan dan terbabas ke kiri bahu jalan dan masuk ke longkang sehingga menyebabkan kenderaan remuk di bahagian kepala lori," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, pemandu lori itu telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh manakala dua lagi mangsa iaitu isteri dan anak lelakinya yang tersepit dikeluarkan daripada lori dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ujarnya lagi, butiran mangsa yang maut masih dalam siasatan dan pemandu lori tersebut masih menerima rawatan di Zon Kuning HRPB Ipoh kerana dipercayai mengalami kecederaan patah kaki.
Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Aida Aziz
Fri Sep 18 2020
Menurut polis, punca kemalangan disebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan dan terbabas ke kiri bahu jalan. - Foto ihsan JBPM Perak
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
“Arwah, isteri saya yang sah” - Suami mangsa tikam
Dakwaan Siti Zulaila seorang janda menghiris perasaan suaminya, Mohamad Shazwan Hafizi dan keluarga.
Lelaki tikam dua beranak direman tujuh hari
Lelaki yang ditahan kerana menikam dua beranak dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Air Itam semalam direman tujuh hari.
Berang cinta ditolak, lelaki tikam mati dua beranak
Ketika kejadian, mangsa dikatakan baru pulang dari tempat kerja sebelum didatangi suspek yang bertindak menikam mangsa dipercayai akibat rasa tidak puas hati setelah cintanya ditolak.
Kemalangan elak kera: 'Sempat ajar isteri dan ibu mengucap' - Pemandu
Mohd Fadzil Othman, 27, kehilangan isteri Siti Norhasliza Kamarudin, 26, dan ibunya Omi Kalsom Man, 69, dalam kemalangan di Simpang Tiga Kuala Bakong, Jalan Malau-Kuala Ketil, pada Sabtu.
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
Ibu dan anak maut dalam kemalangan di Mersing
Dua beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya bersama sebuah lori di kilometer 20, Jalan Nitar-Mersing, pada pagi tadi.
Dua beranak maut tercampak dari Honda CRV
Dua beranak termasuk seorang wanita warga emas maut selepas tercampak dari kenderaan yang terbabas dalam kemalangan di Gua Musang.
Pemandu ambulans dan anak maut, kemalangan di Jalan Gua Musang - Jeli
Kenderaan mangsa dipercayai masuk ke laluan lori yang membawa muatan kayu dari arah bertentangan ketika melalui jalan berselekoh.
Hasrat pulang beraya tak kesampaian, 2 beranak maut dalam kemalangan
Hasrat dua beranak untuk pulang ke kampung bagi meraikan Aidilfitri tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di KM28 Jalan Terengganu-Kuantan.
Tiga termasuk dua beranak maut dalam kemalangan di Pontian
Mangsa, Muhamad Shah Rizal Jamaludin, bapanya, Jamaludin Abd Wahab, serta Muhamad Nor Azlan Roz, meninggal dunia di lokasi kejadian.