JOHOR BAHRU: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah atas dakwaan menghina Kerabat Diraja Johor pada tahun lalu.
Pengakuan itu dibuat di hadapan hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Tertuduh Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar, 71, yang juga bekas pengerusi Mara, didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7 malam, 2 Februari tahun lalu di Kota Southkey, di sini.
Mengikut kertas pertuduhan, penghinaan itu dibuat secara sedar membuat komunikasi yang jelik sifatnya menerusi laman blog "Tamrin Tun Ghafar" dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang telah dibaca di akaun Facebook Datuk Tamrin Tun Abdul Ghafar.
Dalam lampiran yang disertakan, Mohd Tamrin menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan artikel bertajuk "TMJ bodoh sombong yang tidak boleh diajar".
Ia menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.
Kes dikendalikan Ketua Unit Jenayah dan Ketenteraman Awam, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim dan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman.
Manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.
Mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.
Tarikh sebutan semula ditetapkan kes 23 Mei depan.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed Mar 10 2021

Mohd Tamrin (kiri) didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7 malam, 2 Februari tahun lalu di Kota Southkey. - fotoBERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tiada undian 7-2 di Majlis Raja-Raja, beberapa individu dikenal pasti - Fahmi
Kerajaan menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengenai kononnya terdapat undian dengan keputusan 7-2 dalam sidang Majlis Raja-Raja, baru-baru ini.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Waspada akaun Instagram palsu menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong
Akaun ini adalah palsu dan menyamar menggunakan identiti Raja Permaisuri Agong.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.

Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.

Ahmad Zahid, Fadillah junjung titah Agong, Parlimen sebagai platform semak, imbang
Ahmad Zahid dan Fadillah menjunjung titah Sultan Ibrahim bahawa Parlimen mesti berfungsi sebagai platform semak dan imbang.

'Pertahan kedaulatan negara, biarpun hanya seketul batu karang di lautan' - Agong
Jika kedaulatan tercabar, perlu ada tindakan tegas oleh pihak kerajaan, sama ada melalui saluran diplomatik, undang-undang mahupun pertahanan.