Pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul telah memfailkan permohonan, supaya Mahkamah Tinggi di sini memasukkan penghakiman terhadap rakan seperjuangannya Amyza Aznan, yang sehingga kini gagal menjawab saman fitnah bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM3 juta.
Saman itu adalah berhubung kenyataan Amyza atau nama sebenarnya Azizah @ Amyza Aznan, 46, yang didakwa menggunakan kata-kata kesat, memfitnah, dan memalukan Zarina Anjoulie, apabila beliau (Zarina Anjoulie) menyelar perbuatan artis tempatan, memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) oleh kerajaan berikutan wabak COVID-19.
Peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili Zarina Anjoulie berkata, anak guamnya memfailkan permohonan itu pada 3 Jun lepas, berikutan Amyza gagal memasukkan kehadiran sejak saman berkenaan difailkan pada 23 April lepas.
“Saman itu telah diserahkan kepada Amyza pada 24 April lepas, dan ia turut diserahkan sekali lagi kepadanya melalui pos pada 28 April. Sehingga kini, Amyza tidak memasukkan kehadiran, bagi menjawab saman dan ini menyebabkan proses tuntutan saman itu tertangguh,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes secara e-review, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada Ramli hari ini.
Peguam itu berkata, mahkamah menetapkan 25 Jun ini untuk pendengaran dan keputusan permohonan itu di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar.
Dalam saman difailkan pada 23 April lepas, Zarina Anjoulie, 34, selaku plaintif, mendakwa selepas pengumuman kerajaan berhubung BPN kepada rakyat dalam golongan B40 dan M40 yang berpendapatan sebulan RM8,000 ke bawah, sebahagian daripada golongan artis tempatan turut menyuarakan pendapat mereka, dan menyatakan bahawa pihak kerajaan perlu memberikan satu ‘bantuan khusus’ bagi mereka atau penggiat seni negara.
Zarina Anjoulie yang juga seorang usahawan mendakwa, beliau telah memuat naik video di laman sosial Instagramnya pada 28 Mac lepas, yang secara umum menyatakan bahawa ‘bantuan khusus’ itu adalah tidak perlu dan hanya golongan artis yang layak, boleh memohon BPN seperti rakyat lain.
Mengikut penyataan tuntutan itu, plaintif turut menyuarakan pendapat bahawa golongan artis yang berkemampuan seharusnya sedar, mereka adalah golongan yang sepatutnya mempunyai wang simpanan mencukupi, untuk menyara diri mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), disebabkan krisis COVID-19, malah berpeluang untuk turut sama membantu rakyat yang terjejas, oleh krisis tersebut.
Dakwanya, pada 29 Mac lepas satu kumpulan dikenali sebagai ‘BANTUAN COVID-SENI 2020’ ditubuhkan menggunakan aplikasi pesanan ringkas Telegram, bagi membincangkan mengenai bantuan COVID-19 kepada artis tempatan, dan kumpulan itu mempunyai sekurang-kurangnya 819 ahli terdiri daripada penggiat seni termasuk Amyza.
Plaintif mendakwa melalui kumpulan itu, Amyza telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya, menyebabkan ramai ahli kumpulan berkenaan turut dipengaruhi oleh fitnah itu, selain mendakwa defendan juga telah mengeluarkan kenyataan memfitnah di Instagram miliknya untuk paparan umum, yang dimuat naik April lepas.
Dakwanya, kenyataan-kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa, plaintif seorang yang berperangai buruk, tidak bertanggungjawab, dan sering menabur fitnah terhadap artis-artis lain, dan akibat kenyataan itu, beliau mengalami kemurungan kerana dimalukan dan reputasinya turut tercalar.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am atas kehilangan reputasi berjumlah RM3 juta, ganti rugi teladan, faedah, permohonan maaf daripada defendan, dan defendan juga dihalang daripada mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan memfitnah, memalukan, atau menjatuhkan reputasi plaintif, pada masa akan datang, kos serta relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 12 2020
Amyza (kiri) didakwa telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Zarina (kanan) berhubung bantuan untuk penggiat seni yang terjejas disebabkan krisis COVID-19. Foto Sinar Harian
Dialog Poket Rakyat: GPI | Menilai pembangunan ekonomi, alam sekitar & kesejahteraan sosial
Adakah kita sedang menikmati kemakmuran yang tulen? Ikuti diskusi dan analisis mengenai perspektif pengukuran prestasi dan penilaian adil pembangunan ekonomi, alam sekitar dan kesejahteraan sosial dalam Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Kompas hala tuju Sabah maju jaya
Berpandukan kompas hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Ketua Menteri Sabah berjaya meletakkan bahtera ini di haluan yang tepat demi memastikan rakyat negeri itu terima manfaatnya.
Perjanjian Trilateral Weststar satu langkah ke hadapan
Weststar mencatat sejarah selepas menandatangani perjanjian kontrak bersama syarikat minyak dan gas dari Australia, Santos Limited.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Banjir Sabah, Sarawakc
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizam lakar sejarah, dilantik menjadi PAT ke-23
Sejarah tercipta buat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Kakitangan, Datuk Mohd Nizam Jaffar dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-23, berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Mohd Nizam memecah tradisi menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Mohd Nizam memecah tradisi menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Tiga termasuk satu warga Britain ditahan di KLIA
Tiga lelaki termasuk seorang warga asing ditahan bersama 61.3 kilogram (kg) dadah disyaki syabu dan ganja yang dianggarkan bernilai RM1.06 juta dalam dua tangkapan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 pada 22 dan 24 Jan lepas.
Senjata api dirampas dipercayai untuk dijual kepada kongsi gelap
Polis Pulau Pinang percaya senjata api yang dirampas Polis Marin Wilayah Satu di kawasan perairan negeri itu pada Isnin lalu untuk dijual kepada kumpulan kongsi gelap.
Kerajaan jamin siasatan rapi, telus dilakukan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Jan lalu sehingga menyebabkan seorang maut dan empat lagi cedera akan dijalankan dengan telus serta rapi.
PM tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bangun semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak yang cuba mempertikaikan usaha kerajaan membangunkan semula Gaza.
Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia harap gaji minimum dilaksana secara terbaik
Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) berharap perintah gaji minimum baharu yang bermula esok dapat dilaksanakan dengan cara terbaik.
Suami pelakon Amyza Aznan kritikal, ditidurkan di ICU
Khairul Idzhar ditidurkan di ICU Hospital Ampang, Selangor selepas mengalami masalah sesak nafas.
Amyza gagal jawab saman, Zarina Anjoulie mohon masukkan penghakiman
Amyza didakwa menggunakan kata-kata kesat, memfitnah, dan memalukan Zarina apabila beliau menyelar perbuatanartis tempatan, memohon Bantuan Prihatin Nasional oleh kerajaan berikutan wabak COVID-19.
'Kalau shooting luar KL, saya bawa suami sekali.. saya tak nak menyesal' - Amyza Aznan
Amyza berkata, kesihatan suami, Khairil Izhar Mohd Nazir, masih belum pulih sepenuhnya namun semangat yang tinggi menyebabkan dia kelihatan ceria dan sihat.
Ikrar Amyza Aznan setia menjaga suami yang lumpuh
Semoga Amyza kuat!