PELAKON Amyza Aznan menerusi Instagram memberitahu yang suaminya, Khairul Idzhar sedang berada dalam keadaan kritikan dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, Selangor selepas mengalami masalah sesak nafas semalam.
Memetik laporan Harian Metro, Amyza mendedahkan yang dia telah menandatangi surat kebenaran untuk Khairil menjalani dialisis apabila doktor mengesahkan buah pinggang suaminya tidak lagi berfungsi.
“Semalam suami saya ke klinik selepas mengalami kesukaran untuk bernafas, kemudian doktor terus memberikan bantuan pernafasan dan menghubungi talian kecemasan Hospital Ampang.
“Ketika dia ditempatkan di zon merah, bacaan tekanan darahnya agak tinggi, namun mula turun hingga ke paras normal. Tapi kira-kira jam 7 pagi tadi, hospital menghubungi memaklumkan suami saya terpaksa ditidurkan.
“Malah suami saya juga terpaksa menjalani dialisis selepas buah pinggangnya tidak dapat berfungsi dan saya baru saja menandatangani surat kebenaran itu hari ini kerana ada kemungkinan menyebabkan jantungnya terhenti.
“Jika saya tidak bersetuju untuk pilihan itu, kemungkinan akan mengakibatkan organ lain turut gagal berfungsi,” katanya.
Dalam masa sama, Amyza turut memohon kepada orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan suaminya dan pulih seperti sediakala.
"Dalam keadaan sekarang ini saya hanya mohon orang ramai untuk mendoakan suami saya cepat sembuh. Mungkin doa anda Allah makbulkan dan beri kesembuhan kepada suami saya yang sedang bertarung nyawa sekarang ini," katanya.
Untuk rekod, Khairil Izhar pernah dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan kerana serangan jantung pada 2017.
Amyza dan Khairil mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Adrian Adam serta Ayden Andika. - Gempak
Gempak
Tue Dec 26 2023

Menurut Amyza Aznan, suaminya, Khairul Idzhar ditidurkan di ICU Hospital Ampang, Selangor selepas mengalami masalah sesak nafas.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.

Suami pelakon Amyza Aznan kritikal, ditidurkan di ICU
Khairul Idzhar ditidurkan di ICU Hospital Ampang, Selangor selepas mengalami masalah sesak nafas.

Amyza gagal jawab saman, Zarina Anjoulie mohon masukkan penghakiman
Amyza didakwa menggunakan kata-kata kesat, memfitnah, dan memalukan Zarina apabila beliau menyelar perbuatanartis tempatan, memohon Bantuan Prihatin Nasional oleh kerajaan berikutan wabak COVID-19.

'Kalau shooting luar KL, saya bawa suami sekali.. saya tak nak menyesal' - Amyza Aznan
Amyza berkata, kesihatan suami, Khairil Izhar Mohd Nazir, masih belum pulih sepenuhnya namun semangat yang tinggi menyebabkan dia kelihatan ceria dan sihat.

Ikrar Amyza Aznan setia menjaga suami yang lumpuh
Semoga Amyza kuat!