KUALA LUMPUR: Kalangan syarikat New Zealand dipelawa meneroka usaha sama dengan Negeri Sembilan, khususnya dalam industri halal yang sedang berkembang pesat.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, negeri itu menawarkan kelebihan strategik kepada pelabur asing merentas pelbagai industri termasuk farmaseutikal, teknologi makanan, pertanian, produk halal dan sektor teknologi tinggi.
"Saya ingin menekankan kepada semua pihak bahawa lokasi strategik Negeri Sembilan merupakan faktor utama dalam menarik pelabur asing untuk mewujudkan industri, sekali gus merangsang pembangunan ekonomi," katanya semasa sesi jaringan anjuran Invest Negeri Sembilan di Auckland, New Zealand baru-baru ini, menurut catatan di laman Facebook beliau.
Acara itu diadakan dengan kerjasama Persatuan Perniagaan New Zealand Malaysia (NZMBA) dan Majlis Perniagaan Asean New Zealand (ANZBC).
Beliau berkata, selain itu, syarikat multinasional dari Jepun, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Belanda telah mewujudkan operasi masing-masing, yang membuktikan keyakinan mereka terhadap keupayaan kerajaan negeri untuk menyediakan persekitaran perniagaan dan pelaburan yang kondusif.
Delegasi Aminuddin termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim; Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest NS, Datuk Najmuddin Sharif Sarimon.
Kehadiran mereka membuktikan komitmen Negeri Sembilan untuk memupuk hubungan perniagaan antarabangsa dan meneroka jalan baharu untuk pelaburan.
Sementara itu, Presiden NZMBA, Dave Ananth menyatakan rasa teruja dengan peluang yang diberikan.
"Kami didorong dengan kehadiran Menteri Besar dan pasukannya," katanya di samping menekankan potensi untuk kerjasama yang membuahkan hasil.
Pihak NZMBA akan membincangkan peluang pelaburan dengan peserta tempatan semasa Fieldays akan datang, acara pertanian terbesar di Hemisfera Selatan dan platform pelancaran untuk teknologi dan inovasi termaju minggu depan, katanya.
Pendekatan proaktif itu bertujuan merapatkan hubungan dan mengorak laluan kepada usaha sama yang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua negara, katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024
Aminuddin (tiga dari kiri) berkata, Negeri Sembilan menawarkan kelebihan strategik kepada pelabur asing merentas pelbagai industri termasuk farmaseutikal, teknologi makanan, pertanian, produk halal dan sektor teknologi tinggi. - Gambar FB Aminuddin
AWANI Ringkas: Tarian mencolok mata, penganjur dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir kembali landa Raub, Lipis
Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.
Reaktor Iron Man akan dibina di AS menggunakan pelakuran nuklear
Reaktor ARC akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat (AS) bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Tujuh mangsa masih dirawat, dua di ICU
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
'Sejarah akan tercipta' - Konsert TRIAD bakal lakar nama dalam MBOR
Tiga kumpulan ikonik itu yang pernah dikemudi Awie ialah Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ireland denda Meta 251 juta euro atas pelanggaran data Facebook
Pelanggaran itu disebabkan oleh kelemahan dalam fungsi muat naik video pada ciri 'View As' Facebook, yang mendedahkan data peribadi sensitif.
Tiga individu kerugian lebih RM5.4 juta terperdaya love scam, phone scam
Dua wanita dan seorang lelaki berputih mata selepas masing-masing terperdaya dengan sindiket Love Scam dan Phone Scam, mengakibatkan kerugian lebih RM5.4 juta dalam tiga kes berasingan.
56,294 kandungan berunsur penipuan diturunkan hingga 1 Disember - Teo
Sebanyak 56,294 kandungan berunsur penipuan diturunkan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak Januari hingga 1 Dis lepas.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.