KUALA LUMPUR: Pelakon Amelia Henderson berjaya dalam rayuan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi mengetepikan keputusan yang memerintahkannya membayar RM200,000 kepada Syarikat A Aida Production Sdn Bhd berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama, tahun lalu.
Ia selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Leong Wai Hong membenarkan rayuan Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 28, selaku pemohon.
Bagaimanapun, mahkamah menggantikan bayaran itu dengan memerintahkan pelakon popular berkenaan membayar ganti rugi nominal sebanyak RM10,000 dalam tempoh 14 hari.
Wai Hong berpandangan, pelakon berdarah kacukan India-Scotland itu perlu membayar faedah lima peratus setahun kepada produksi itu, bermula keputusan itu diputuskan.
"Rayuan Amelia dibenarkan dengan perintah Mahkamah Sesyen diketepikan maka syarikat produksi ini hanya layak mendapat ganti rugi nominal berkenaan untuk pelanggaran kontrak.
“Ia mengambil kira Amelia telah mendapat bayaran pendahuluan sebanyak RM3,920," kata pesuruhjaya kehakiman itu ketika menyampaikan keputusan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom.
Ketika membaca keputusan penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman itu berkata, menerusi penyata tuntutan, A Aida Production selaku responden mendakwa Amelia telah memfitnahnya di Instagram pada 25 Jun 2022.
Katanya, mahkamah berpendapat pihak produksi itu gagal membuktikan pernyataan berkenaan memfitnah dan secara jelas merujuk kepada responden.
“Saya berharap semua pihak mengambil iktibar daripada perkara ini, seorang artis berhak mengambil berat mengenai imejnya, namun tidak boleh menarik diri di saat akhir.
“Bukan sahaja ini tidak adil kepada syarikat produksi dan pengarah malah ia juga akan menjejaskan 'periuk nasi' seluruh kru.
“Mungkin ada sebahagian daripada mereka memerlukan penggambaran untuk meneruskan kehidupan, ibarat peribahasa ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’,” katanya.
Produksi berkenaan bernasib baik kerana menemui pengganti dalam tempoh 24 jam sekali gus menyelamatkan semua pihak.
Dalam prosiding itu, Amelia diwakili peguam, Mansheel Kaur dan Wan Nurliyana Abdul Rahman manakala peguam, Ashmadi Othman Bushro Anuar serta Lukman Haqeem mewakili syarikat produksi itu.
Sebelum ini, Amelia memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi itu pada 18 April lalu.
Hakim, Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan syarikat produksi itu selaku plaintif terhadap saman yang dikemukakan kepada Amelia selaku defendan.
Dalam penghakimannya ketika itu hakim tersebut berkata, mahkamah mendapati Amelia telah diikat dengan kontrak yang ditandatangani dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.
Penghakiman mahkamah juga mendapati Amelia sendiri bersetuju membintangi drama itu selain turut bersetuju watak yang ditawarkan iaitu Aira yang mana Amelia adalah heroin dalam drama tersebut.
Justeru, mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi am selain faedah lima peratus kepada plaintif yang kesemuanya berjumlah lebih RM200,000.
Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.
Bagaimanapun, saman melibatkan A.Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu.
Bagaimanapun pada Ogos lalu, Amelia berjaya dalam permohonannya untuk menangguhkan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 27 2023

Amelia Henderson (kiri) dan A Aida (kanan). - Foto Sinar Harian

Majlis Ekonomi Bumiputera pantau Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 - Ahmad Zahid
Majlis Ekonomi Bumiputera akan menjalankan pemantauan menyeluruh Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 bagi memastikan pelaksanaannya membuahkan hasil.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh
Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan.

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kes saman penulis skrip terhadap Amelia Henderson gagal selesai secara baik
Kes saman difailkan seorang penulis skrip drama terhadap pelakon Amelia Henderson akan diteruskan dengan perbicaraan.

Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.

Bukan 'podcast' sembang kosong, Amelia mahu didik audiens
Walaupun berasaskan hiburan, matlamat asal program itu adalah untuk berkongsi dan mendidik audiens tentang realiti yang dihadapi anak seni.

Amelia Henderson sudah bayar RM10,000 kepada A Aida Production
Amelia Henderson telah menjelaskan RM10,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd.

Amelia tidak perlu bayar RM200,000 kepada A Aida Production
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi am sebanyak RM10,000 dan faedah 5% secara tahunan bermula hari ini.

Keputusan rayuan Amelia Henderson langgar kontrak, Jumaat ini
Mahkamah menetapkan keputusan rayuan pelakon, Amelia Henderson pada Jumaat ini selepas diperintahkan membayar ganti rugi berhubung isu pelanggaran kontrak.

Amelia Henderson menangis dilabel degil dan sombong
Pelakon Amelia Henderson terkesan apabila dilabel keras kepala dan sombong rentetan tetap memperjuangkan isu pelanggaran kontrak.

Amelia Henderson percaya keputusan mahkamah
Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, berkata dia sejujurnya tidak meletakkan sebarang harapan atau jangkaan daripada keputusan mahkamah.

'Saya selesa dengan dia' - Aedy serah urusan jodoh bersama Amelia pada takdir
Aedy Ashraf meluahkan rasa syukur apabila hubungannya dengan aktres Amelia Henderson direstui direstui peminat.

Amelia Henderson fail rayuan kes pelanggaran kontrak
Peguam Amelia mengesahkan perkara berkenaan, namun tidak boleh mendedahkan secara terperinci alasan utama rayuan dibuat.