Akibat mengambil tindakan sendiri, tiga lelaki ditahan selepas disyaki memukul seorang pemandu kereta di Jalan Batu 13 Puchong menghala Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dekat sini, Jumaat lepas.
Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, lelaki berusia 39 tahun yang memandu Perodua Myvi cedera dipukul orang awam kerana enggan memberhentikan keretanya selepas melanggar sebuah motosikal.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata selepas meneliti rakaman mangsa dipukul yang tular selepas kejadian itu, tiga lelaki berusia 30 hingga 40-an tampil memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, dekat sini, pada Isnin.
"Polis juga sedang mengesan tiga lagi individu bagi membantu siasatan. Buat masa ini penunggang motosikal tersebut belum membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mohammad Azlin berkata kesemua suspek direman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian tersebut, pemandu kereta terbabit cedera di bahagian kepala akibat dipukul sekumpulan lelaki gara-gara beliau enggan memberhentikan keretanya selepas melanggar sebuah motosikal.
Lelaki berkenaan turut kehilangan barangan dan dokumen peribadi miliknya selepas dibelasah kumpulan itu manakala penunggang motosikal itu cedera di bahagian rusuk dan kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Serdang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2018

Pemandu kereta terbabit cedera di bahagian kepala akibat dipukul sekumpulan lelaki gara-gara beliau enggan memberhentikan keretanya selepas melanggar sebuah motosikal. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0.

Wanita 'belasah' bekas suami kerana hutang
Suspek yang berusia 38 tahun dan bekerja sebagai akauntan telah memarahi pengadu berkaitan hutang berjumlah RM87,000.

Pengawal keselamatan diberkas cederakan adik, nenek
Mangsa berumur 23 tahun bersama neneknya berumur 64 tahun mengalami kecederaan di bahagian bahu dan pipi.

Polis buru suspek kes belasah pekerja perkhidmatan keranda guna rantai besi
Mangsa dipukul di bahagian belakang badan, kepala, tangan kiri dan kaki oleh suspek susulan pergaduhan berhubung kematian teman wanita pekerja berkenaan.

Suspek belasah pemandu hingga patah 7 gigi ditahan
Suspek yang juga warga Filipina memandu Perodua Alza berusia 35 tahun ditahan polis di kawasan Kepayan, jam 2 petang.

Tegur pemandu tidak guna lampu isyarat, lelaki dibelasah hingga patah tujuh gigi
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 21 tahun yang memandu kereta jenis Honda S660 dikatakan berselisih dengan sebuah lagi kenderaan Perodua Alza.

Gaduh angkara vape: Polis tahan 16 lelaki
Kes dipercayai berlaku akibat rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka melibatkan penggunaan rokok elektronik.

Belasah pelajar junior: Polis tunggu arahan timbalan Timbalan Pendakwa Raya
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, tindakan untuk mendakwa atau tidak, bergantung kepada arahan berkenaan.

Pelajar dibelasah guru dipercayai ceroboh asrama - JPN
Kejadian berpunca daripada kesalahan dilakukan pelajar berusia 16 tahun terbabit bersama beberapa rakan lain menceroboh bilik asrama pelajar lain.

Polis tahan empat lelaki warga India kerana membelasah pemandu e-hailing
Polis telah menahan empat lelaki warga India yang membelasah seorang pemandu e-hailing sehingga cedera.