Belum ada cadangan atau tawaran menarik dikemukakan pembida berpotensi dalam proses pengambilalihan PLUS Malaysia Berhad (PLUS).
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kadang-kala cadangan yang dikemukakan tidak menunjukkan hala tuju dan masa hadapan PLUS yang lebih baik.
“Kadang-kala cadangan daripada swasta itu tidak menarik dan tidak memberi gambaran yang baik akan masa depan PLUS.
“Sebab itu kita sedang mengkaji. Banyak cadangan kita akan kaji untuk melihat yang mana terbaik sama ada di miliki oleh kerajaan atau dimiliki oleh swasta, kita akan pilih.
“Ya, ada empat (pembida) tapi saya tak tahu lah, mungkin lebih daripada itu. Memang ada yang buat cadangan, tetapi belum dapat satu cadangan yang menarik,” katanya.
Untuk rekod, Khazanah memiliki 51 peratus kepentingan dalam PLUS manakala bakinya dimiliki oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Beberapa syarikat telah menyatakan minat untuk membeli PLUS termasuk RRJ Capital, sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong serta tiga lagi pihak yang sudah mengemukakan tawaran rasmi iaitu Widad Group Bhd, Maju Holdings Sdn Bhd dan ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad.
BACA: Kerajaan terima empat tawaran ambil alih PLUS
Harits Asyraf Hasnan
Tue Oct 22 2019

Sehingga kini, kerajaan menerima cadangan daripada empat pihak yang berminat untuk ambil alih PLUS Malaysia Berhad (PLUS). - Gambar hiasan

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Ambil alih PLUS: Belum ada cadangan yang menarik
Belum ada cadangan atau tawaran menarik dikemukakan pembida berpotensi dalam proses pengambilalihan PLUS Malaysia Berhad (PLUS)

Ambil alih empat lebuh raya Lembah Klang diteruskan, perincian menyusul - Tun M
Perincian mekanisme berkenaan pengambil alihan empat lebuhraya di Lembah Klang itu akan diteliti kemudian.