Agensi kerajaan negeri telah mengeluarkan amaran waspada banjir dan tanah runtuh berikutan cuaca buruk yang melanda pantai barat Sabah.

Kesemua agensi perlu memantau keadaan dari semasa ke semasa dan bersedia untuk sebarang amaran kecemasan, kata Ketua Menteri Datuk Musa Aman yang dipetik daripada portal berita The Star.

Beliau juga memberitahu orang ramai supaya sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Hujan lebat dijangka berterusan hingga lewat hari ini apabila Taufan Vongfong melanda Laut China Selatan, di timur Filipina.

Jurucakap jabatan kaji cuaca berkata kesan daripada taufan tersebut serta tekanan rendah di utara Kudat menyebabkan penurunan hujan.

Beliau berkata cuaca buruk ini akan beransur pulih hari ini, namun hujan lebat mungkin akan berterusan sehingga Ahad.

Sabah dilanda hujan lebat sejak minggu lepas dan menyebabkan banjir teruk di Penampang.

Antara kawasan yang dilanda banjir termasuklah di Tuaran, Kota Belud, sekitar Kota Kinabalu, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang dan utara Kudat.