Penyokong gerakan Sarawak for Sarawakians (S4S) tidak menghiraukan amaran pihak berkuasa apabila meneruskan perarakan di sekitar bandar raya Kuching hari ini bagi memperingati ulang tahun kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.
Sarawak mencapai kemerdekaan pada 22 Julai 1963 sebelum tiga minggu kemudian membentuk persekutuan Malaysia bersama-sama Malaya, Sabah dan Singapura.
Perarakan yang berlangsung aman itu disertai oleh lebih kurang 2,000 orang yang mula berhimpun di Padang Song Kheng Hai seawal pukul 7.30 pagi.
Ia berlangsung serentak dengan acara rasmi sambutan ulang tahun kemerdekaan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri yang dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem serta pembesar-pembesar negeri.
Tinjauan Astro AWANI mendapati keadaan tenang tanpa sebarang kekacauan. Anggota polis pada masa sama siap sedia menjaga keselamatan dan mengawal lalu lintas yang agak terjejas.
Dari Padang Song Kheng Hai, mereka berarak menuju ke Padang Merdeka sambil mengibarkan bendera asal Sarawak yang dipakai antara 1963 hingga 1973.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan pada Selasa memberi amaran kepada penganjurnya supaya membatalkan acara itu "atas sebab-sebab keselamatan dan kemudaratan awam."
"Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah undang-undang sedia ada terhadap penganjur dan ahli-ahli jawatankuasanya demi menjaga kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara," katanya.
Menurut Khalid, pihak polis mendapat maklumat ada pihak merancang mahu menggunakan perhimpunan itu bagi membangkitkan sentimen rakyat Sarawak untuk keluar daripada Malaysia.
Polis Sarawak dalam satu kenyataan minggu lalu mengambil maklum mengenai perhimpunan yang dirancang itu tetapi melarang peserta perhimpunan daripada berarak bagi mengelak gangguan lalu lintas.
[LAPORAN LANJUT MENYUSUL]
Astro Awani
Wed Jul 22 2015
Perarakan yang berlangsung aman itu disertai oleh lebih kurang 2,000 orang yang mula berhimpun di Padang Song Kheng Hai seawal pukul 7.30 pagi. - Gambar Fail
Hampir 200 sekolah di UK ditutup akibat salji lebat
Jabatan Meteorologi UK (Met Office) mengekuarkan amaran peringkat kuning untuk England, Scotland dan Ireland Utara.
Analisis Perdagangan Luar Negeri Malaysia Oktober 2024 bersama Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai
Sertai perbincangan mendalam mengenai prestasi perdagangan luar negeri Malaysia pada Oktober 2024 bersama Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, Provost di Malaysia University of Science & Technology (MUST). Dalam sesi ini, kami akan membincangkan kesan penyusutan ringgit, faktor-faktor utama yang mempengaruhi imbangan perdagangan, serta implikasi kembalinya Donald Trump sebagai Presiden AS terhadap dasar perdagangan Malaysia. Kami juga akan melihat peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN dan inisiatif untuk mengukuhkan perdagangan intra-ASEAN. Jangan ketinggalan pandangan kritikal dan komprehensif ini melalui Google Meet.
Trump lantik doktor selebriti, Dr Oz ketuai program insurans kesihatan Amerika
Oz merupakan pencalonan terbaharu Trump selepas melantik Pete Hegseth, Robert F Kennedy Jr dan jutawan Elon Musk.
[Data & Statistik] Perdagangan Malaysia berkembang RM244.3 bilion pada Oktober
Prestasi ini didorong oleh pertumbuhan eksport 1.6 peratus atau RM2.0 bilion dan import 2.6 peratus, mencapai RM116.1 bilion - DOSM.
Building equitable playing field for women entrepreneurs
Join Country Manager, Mastercard, Beena Pothen as she shares valuable insights into how Mastercard is enabling women entrepreneurs in Malaysia and fostering a more inclusive business environment.
Israel tawar AS$5 juta jika kembalikan tebusan
Mana-mana individu yang menyerahkan tebusan kepada pihak Israel juga akan diberikan laluan selamat untuk keluar.
Mangsa banjir Kemaman terus meningkat kepada lebih 2,000
Ketika ini, hujan melanda di beberapa tempat di negeri ini dan jumlah mangsa turut menunjukkan trend meningkat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
1. Isteri mahu teruskan perbicaraan, penuhi hasrat Allahyarham Tun Daim
2. Kerajaan tidak tutup platform media sosial yang gagal dapat lesen
3. Ramai kanak-kanak GISB yang diselamatkan ada masalah bantut, kemurungan
1. Isteri mahu teruskan perbicaraan, penuhi hasrat Allahyarham Tun Daim
2. Kerajaan tidak tutup platform media sosial yang gagal dapat lesen
3. Ramai kanak-kanak GISB yang diselamatkan ada masalah bantut, kemurungan
PPZ-MAIWP anjur kempen YEZ seru umat Islam tunai zakat sebelum 31 Dis 2024
Bertemakan "Bahagia Memberi", kempen YEZ tahun ini ingin mendidik masyarakat untuk saling memberi dan berkongsi rezeki.
Boeing bakal berhentikan 2,500 pekerja di AS
Langkah pemecatan itu dikatakan sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan 17,000 tenaga kerja global.
Amaran polis tak diendah, perarakan S4S diteruskan di Kuching
Penyokong gerakan Sarawak for Sarawakians meneruskan perarakan di Kuching bagi memperingati ulang tahun kemerdekaan Sarawak daripada British