KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember (Dis) ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan bahawa hujan lebat berterusan dijangka berlaku bermula 8 hingga 11 Dis di seluruh negeri Kelantan, Terengganu dan Perlis.

Di Kedah ia membabitkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, dan Baling manakala di Perak membabitkan Hulu Perak.

Selain itu, amaran sama  diramal  bermula 9 Dis hingga 11 Dis di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin), Mersing dan Kota Tinggi di Johor.