SHAH ALAM: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin Berhad memperjelaskan dakwaan tidak menghantar laporan kewangan bagi 2016 sehingga 2019 kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seperti yang tular di media sosial.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Suffian Awang Piut berkata, sejak tahun 2007, pihaknya berjaya menghantar laporan audit tahunan kepada SSM namun laporan kewangan bagi tahun 2016 sehingga 2019 masih tertangguh disebabkan pertukaran juruaudit pada tahun tersebut.
“Aman Palestin telah membuat pertukaran auditor dan melantik auditor baharu pada tahun 2016 yang menyebabkan laporan audit untuk tahun ini mengambil masa untuk disiapkan.
“Bagaimanapun, laporan ini sudah pun disiapkan untuk dihantar ke SSM,” katanya pada sidang media secara maya di Facebook pada Sabtu.
Pada Khamis, tular di media sosial mengenai laporan audit Aman Palestin yang tidak dihantar kepada SSM sejak tahun 2016.
Dalam pada itu, Awang Suffian berkata pertambahan cawangan Aman Palestin di seluruh negara juga menyebabkan banyak kerja penyelarasan dan laporan setiap cawangan yang perlu disediakan.
Tambah beliau, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu juga telah menyukarkan proses audit di setiap cawangan.
“Penangguhan ini juga diberikan oleh SSM untuk Aman Palestin menyiapkan laporan tersebut.
“Setakat ini, proses laporan berjalan dengan baik dan laporan bagi tahun 2020 masih belum sampai tarikh penutupan akaun,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Aman Palestin perjelas isu laporan audit tahunan
Sinar Harian
Sat May 22 2021

AWANG SUFFIAN: Aman Palestin telah membuat pertukaran auditor dan melantik auditor baharu pada tahun 2016 yang menyebabkan laporan audit untuk tahun ini mengambil masa untuk disiapkan. -Facebook Aman Palestin

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

SPRM: Siasatan Aman Palestin masih berjalan
Pegawai forensik SPRM sedang meneliti dokumen (kewangan) yang diperoleh daripada Aman Palestin dari 2020 hingga 2022.

Aman Palestin lancar kempen 'Ramadan Bersamamu', sasar kutipan RM12 juta
Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata kempen kali ini bakal memberi manfaat kepada lebih 138,000 rakyat di negara terbabit.

COVID-19: Ini senarai tabung bantuan dan bagaimana anda boleh sumbang
Masuk hari ketujuh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan ramai pihak memberikan sumbangan samada dalam bentuk kewangan dan barangan.