Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 Nur Amalina Che Bakri sedia berkhidmat di tanah air selepas mengumpul pengalaman di luar negara.

Dia yang menamatkan pengajian perubatan di Universiti of Edinburgh memaklumkan akan berusaha menjadi doktor pakar sebaik tamat tempoh percubaan.

Bagi tujuan berkenaan Amalina menjangka akan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 tahun sebelum bergelar doktor pakar.


Saksikan video bersama Amalina di United Kingdom.


"Selepas ini Amalina akan ke Cambridge University Hospital yang mana Amalina akan menjadi seorang doktor junior di sana selama 2 tahun. Dalam masa yang sama Amalina akan melakukan penyelidikan dalam bidang kanser ovari. InsyaAllah, Amalina akan meneruskan pengajian lebih kurang dalam enam hingga tujuh tahun untuk menjadi seorang doktor pakar dalam bidang obsesnekologi." jelasnya sewaktu ditemubual oleh Astro AWANI sejurus selesai majlis graduasi.

Amalina yang pernah mencetuskan kontroversi di mana dikatakan gagal menamatkan pengajian menjelaskan tuduhan yang dilemparkan tidak akan menjejaskan prestasinya.

Sebelum ini Amalina pernah menulis dalam sebuah buku berjudul 'Obstetrics and Gynaecology'.

Klik video untuk wawancara penuh bersama Nur Amalina di United Kingdom.