PUTRAJAYA: Malaysia dan Brunei membincangkan langkah meneroka potensi kerjasama dalam bidang penternakan udang, penyelidikan dan pembangunan pertanian selain pengeksportan produk ternakan.
Ia merupakan antara perkara tumpuan yang dibincang ketika Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Brunei Datuk Dr Awang Abdul Manaf Metussin melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan malam Sabtu memaklumkan Mohamad turut menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Kemboja Dith Tina semasa Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45, yang berlangsung di ibu negara sejak 2 Okt lepas dan melabuhkan tirainya pada Jumaat.
Menurut KPKM, Kemboja telah mempelawa Malaysia melabur dalam bidang pertanian di negara itu dan menawarkan untuk mengeksport beras ke negara ini.
"Pertemuan ini merupakan yang pertama antara kedua-dua rakan sejawat Mohamad yang bertujuan memperkukuhkan kerjasama perdagangan dalam sektor pertanian," menurut kenyataan itu.
Untuk rekod, nilai perdagangan pertanian antara Malaysia dan Brunei pada 2022 ialah sebanyak RM1.05 bilion manakala nilai perdagangan pertanian antara Malaysia dan Kemboja mencatat peningkatan sebanyak 17 peratus iaitu RM452.8 juta pada 2022 berbanding RM375 juta pada 2021.
Malaysia menjadi tuan rumah AMAF ke-45 dalam usaha memperkukuh kedudukan ASEAN sebagai 'bakul makanan dunia' selain memacu kerjasama lebih erat antara negara anggota bagi memelihara keterjaminan makanan di rantau ini.
Mesyuarat itu merupakan kali ketiga Malaysia menjadi tuan rumah selepas AMAF ke-25 dan AMAF ke-35 yang masing-masing berlangsung pada 2003 dan 2013.
Bertemakan Growing Together: Advancing Asean Agriculture And Forestry For Sustainable Development, AMAF ke-45 disertai negara anggota ASEAN iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam bersama China, Jepun serta Korea Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023

Menurut KPKM, Kemboja telah mempelawa Malaysia melabur dalam bidang pertanian di negara itu dan menawarkan untuk mengeksport beras ke negara ini. - Foto BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

AMAF ke-45: Malaysia-Brunei bincang potensi kerjasama dalam ternakan udang
Malaysia dan Brunei membincangkan langkah meneroka potensi kerjasama bidang penternakan udang, penyelidikan dan pembangunan pertanian selain pengeksportan produk ternakan.