Pertubuhan Alumni Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (Parfum) memulakan gerakan untuk memperkasa para pelajar fakulti tersebut juga bidang kehakiman dan perundangan secara amnya dengan memperkenal beberapa inisiatif.
Pengerusinya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, selepas ditubuhkan pada 20 Julai 2017, sudah tiba masanya alumni yang dibarisi ramai individu berpengaruh itu membalas jasa fakulti yang telah tertubuh sejak 46 tahun yang lepas.
“Antaranya kita merancang untuk mewujudkan beberapa program di bawah jenama Tan Sri Profesor Ahmad Mohamed Ibrahim, iaitu dekan pertama fakulti ini.
“Kita akan wujudkan tabung kebajikan untuk pelajar yang memerlukan, program mentoring juga beberapa penganugerahan,” katanya selepas Majlis Minum Petang ‘The Pleasures of Afternoon Tea’ Parfum di sini hari ini.
Majlis yang mengumpulkan kira-kira 200 ahli alumni dan 150 pelajar tahun akhir itu turut meraikan Ketua Hakim Negara, Tun Rauf Shariff selaku antara bekas pelajar kumpulan pertama fakulti itu yang turut menyumbangkan RM5,000 sebagai permulaan penubuhan tabung tersebut.
Sementara itu, Naib Presiden Parfum, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berharap dapat membantu alumni ini menjadi sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang lebih dari sekadar biasa.
“Salah satu daripada objektif adalah untuk menyatakan pendapat tanpa rasa takut, supaya kami boleh menjadi sebuah NGO yang kuat bukan setakat melakukan rutin biasa sebagai sebuah pertubuhan alumni, tetapi suara yang akan didengar berhubung soal undang-undang dan keadilan.
“Kami ada tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat dalam hal ini, dan kami perlu sedia menyatakan pandangan apabila diperlukan,” jelasnya.
Sejak ditubuhkan pada 1972 sebagai fakulti undang-undang pertama di negara ini, mereka melahirkan 2,644 graduan yang menerajui bidang perundangan Malaysia.
Israr Khalid, Izwar Muzzani
Tue Feb 27 2018
Pertubuhan alumni yang dibarisi ramai individu berpengaruh ini mahu menjadi suara yang dirujuk berhubung hal perundangan dan keadilan. - Gambar Bernama
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Zarinah Anwar wanita pertama dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UM
Pelantikan bekas Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu adalah sehingga 12 Disember 2024.
Alumni Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya mahu bantu perkasa perundangan dan kehakiman negara
Pertubuhan yang diwujudkan tahun lepas itu mula menggerakkan beberapa inisiatif, dirancang di bawah jenama bekas dekan pertamanya, Allahyarham Tan Sri Profesor Ahmad Mohamed Ibrahim.