Peguam keluarga anggota bomba dan penyelamat (JBPM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Syazlin Mansor kini sudah boleh menarik nafas lega setelah perjuangannya selama hampir setengah tahun menemui titik noktahnya pada Jumaat lalu.
Katanya, keputusan Mahkamah Koroner benar-benar membebaskan lelah dan bebanan yang ditanggungnya selama ini setelah pelbagai rintangan yang terpaksa ditempuhinya sepanjang pembabitannya dalam memperjuangkan kes Allahyarham Adib.
"Alhamdulillah saya sudah boleh menghela nafas lega.
"Bagi saya Allahlah yang menggerakkan hati semua dalam membantu dan memudahkan kami dalam berhadapan dengan kes Allahyarham Adib ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program Sinar Live di ibu pejabat Sinar Harian di sini hari ini.
BACA: "Saya masih terkilan terhadap Peguam Negara" - Syazlin Mansor
Sementara menyentuh mengenai perasaan hibanya ketika keputusan mahkamah berkenaan diumumkan, katanya beliau memang berasa sangat sebak ketika itu.
"Kalau ikutkan sebagai seorang peguam sepatutnya kita tidak merasakan apa-apalah.
"Apa-apa keputusan sama ada memihak atau tidak memihak, sepatutnya kita terima, sebab itu adalah keputusan mahkamah, terima dengan reda.
"Tetapi pada saat itu, saya tak dapat lari daripada perasaan sebak. Untuk kes ini sahaja, banyak rintangan yang telah dilalui, begitu susah payah.
"Bila dapat keputusan itu, rasa sangat-sangat bersyukur, memang rasa, Alhamdulillah akhirnya keadilan untuk arwah dan keluarga," katanya lagi.
BACA: Inkues Adib: Ibu dan bapa Allahyarham menangis, sujud syukur
Katanya, beliau terpanggil untuk membantu keluarga Adib kerana merasakan 'mereka perlu dibantu'.
"Sebenarnya saya tak rasa saya seorang wira. Saya rasa ini tanggungjawab. Saya rasa tak ada lagi sumbangan yang boleh saya berikan kepada arwah.
"Ini kemahiran saya dan saya gunakan kemahiran dengan ilmu undang-undang yang saya ada ini untuk membantu arwah. Tapi saya tak tahu kenapa saya terpanggil untuk membantu," katanya.
Katanya, pertolongan yang diberikan beliau kepada keluarga Adib selama ini adalah percuma.
"Memang percuma. Saya tidak hantar bil kepada keluarganya dan pihak berkaitan," katanya.
BACA: Kes Adib: 12 individu mungkin dipanggil semula
Kematian Allahyarham akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali.
Mahkamah Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusannya selepas prosiding perbicaraan memakan masa 41 hari.
Dalam keputusannya, Rofiah berkata, kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah telah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).
Sinar Harian
Wed Oct 02 2019
Syazlin (kiri) ketika Sinar Live di ibu pejabat Sinar Harian di sini hari ini. - Foto Sinar Harian
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'Allah gerakkan hati semua bantu kes Adib'
Keputusan Mahkamah Koroner benar-benar membebaskan lelah dan bebanan yang ditanggungnya selama ini setelah pelbagai rintangan ditempuhi sepanjang pembabitannya memperjuangkan kes Allahyarham Adib.