Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjangkakan aliran penumpang di kedua-dua terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 akan meningkat hampir 16 peratus ketika tempoh puncak mulai sekarang sehingga 13 Februari.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata jangkaan itu bersempena cuti perayaan Tahun Baru Cina yang jatuh serentak dengan cuti persekolahan, akan turut menyaksikan MAHB mengendalikan kira-kira 196,000 penumpang sehari.
Sehubungan itu, bagi menangani lonjakan itu, MAHB menjalin kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan kelancaran perjalanan penumpang di lapangan terbang itu.
Raja Azmi berkata antara langkah dipertingkatkan MAHB adalah mengendalikan peningkatan aliran lalu lintas di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang di luar lapangan terbang itu.
"Kami akan meneruskan pelaksanaan had masa dua minit bagi mengelak kesesakan dan pada masa sama turut mengingatkan penumpang agar tidak meletak kenderaan di laluan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.
"Selain itu, kami turut menambah bilangan petugas bagi memastikan kawasan itu diawasi sepanjang masa serta aliran lalu lintas yang lebih lancar," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Raja Azmi turut menggesa penumpang memanfaatkan kemudahan serahan beg dan daftar masuk sendiri di kedua-dua terminal yang memendekkan giliran serta tempoh menunggu dan memakan masa hanya seminit menerusi inisiatif digital itu.
"Malah, langkah pihak Imigresen menambah kemudahan pintu automatik baru-baru ini juga dijangka dapat mengurangkan tempoh giliran penumpang," katanya.
Sebanyak 10 pintu automatik baharu yang dilengkapi teknologi biometrik terkini, dipasang bagi menggantikan enam unit lama di ruang berlepas antarabangsa pada bulan lepas.
Beliau juga mengingatkan penumpang agar tiba sekurang-kurangnya tiga jam lebih awal sebelum waktu berlepas masing-masing.
Astro Awani
Fri Feb 01 2019
Jangkaan itu bersempena cuti perayaan Tahun Baru Cina yang jatuh serentak dengan cuti persekolahan.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
11 warga Korea Selatan ditahan di pusat hiburan tanpa lesen
Premis ini dipercayai menawarkan perkhidmatan pelayan wanita dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam.
Imigresen tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut
JIM menunggu laporan penuh EAIC berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada DISB.
Counter setting: 47 sindiket tumpas, 25,214 pengembara dikenakan NTL - Saifuddin Nasution
JIM juga memperketatkan pemeriksaan di kaunter pintu masuk ke negara dalam usaha membanteras kegiatan menyeludup warga asing ke Malaysia.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan empat lelaki China
Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan empat warga China menerusi Op Serkap di sini pada Isnin dan semalam.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada musim cuti sekolah
Langkah diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport sempena musim cuti sekolah.
Penyelia restoran didenda RM40,000, mengaku rasuah pegawai Imigresen
Mengikut pertuduhan, Heng didakwa memberi suapan wang tunai RM15,000 kepada seorang pegawai kanan di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak.