Syarikat pengurusan sampah, Alam Flora Sdn Bhd mengenal pasti 12 lokasi 'sampah terbang' di sekitar ibu kota yang berlarutan sejak empat tahun lepas.
Kawasan terbabit termasuk lorong belakang Jalan 5A/6 Danau Kota, Lorong Haji Taib 1, Lorong Gadek, Lorong Baba, Lorong Kancil, dan Jalan Kundur.
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan berkata kebanyakan kawasan itu didiami warga asing yang dipercayai membuang sampah dari tingkat atas ke lorong jalan.
"Meskipun tong sampah disediakan, namun warga asing di sini mengambil jalan mudah tidak mahu turun ke bawah, sebaliknya membuang sampah dari atas (kediaman mereka) menyebabkannya berterbangan.
"Dulu fenomena ini sering berlaku di kawasan di tengah-tengah ibu kota seperti Bukit Bintang dan Pudu namun baru-baru ini mereka dilihat sudah berpindah ke pinggir bandar dan perkara sebegini masih lagi berlaku," katanya kepada pemberita selepas sesi turun padang 'Hentikan Sampah Terbang' di Jalan Semilang, Cheras pada Khamis.
Katanya di Jalan Semilang sahaja, kira-kira 900 kilogram sampah dikutip dan dibersihkan oleh pekerja-pekerjanya setiap hari.
"Kami menjalankan kerja-kerja pembersihan sampah bermula pukul 5 pagi hingga 7 pagi di setiap lokasi yang dikenal pasti itu sebanyak enam kali seminggu.
"Kami turut menjalankan tugasan luar skop dengan membersihkan sampah terbang yang tersangkut di tingkap atau bumbung dengan menggunakan 'skylift' serta 'water jetting' untuk dinding dan longkang secara berkala untuk menghilangkan bau busuk," katanya.
Sehubungan itu, Mohd Zain berkata pihaknya bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan SWCorp agar warga asing memahami cara pembuangan sampah yang betul.
"Antaranya mengedarkan risalah-risalah dan poster pelbagai bahasa seperti bahasa Nepal, Myanmar dan Rohingya selain bahasa Malaysia dan Inggeris," katanya.
Katanya berdasarkan tinjauan, pihaknya mendapati 150 warga Indonesia, 30 warga Myanmar, Bangladesh (20), Rohingya (35) dan Pakistan (20) menetap di Jalan Semilang sekali gus menyumbang kepada masalah sampah yang serius.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 02 2018
Kerja-kerja pembersihan sampah dijalankan bermula pukul 5 pagi hingga 7 pagi di setiap lokasi yang dikenal pasti sebanyak enam kali seminggu. - Gambar hiasan
Projek ECRL capai kemajuan lebih 78 peratus setakat Januari - Amir Hamzah
Tahap kemajuan jajaran fasa pertama dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak selari dengan jadual ditetapkan iaitu pada Disember 2026.
AWANI Ringkas: Kes pelawak, netizen hina Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 4 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Februari 2025
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.
Pembantu tadbir kewangan ditahan buat tuntutan palsu RM20,000
Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini, kira-kira 10 pagi hari ini.
Lebih 66,000 kes bencana kerja dilaporkan Perkeso pada 2024 - Abdul Rahman
Kes kemalangan semasa perjalanan meningkat sedikit kepada 33,638 kes pada 2024, berbanding 33,181 kes pada tahun sebelumnya.
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza
Apa cabaran untuk membangunkan semula Gaza selepas hampir keseluruhan kawasan musnah akibat dibedil rejim Zionis sejak Oktober 2023? Sejauh mana keperluan untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya demi capai kedamaian berpanjangan dan berkekalan di semenanjung itu? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Perang Dagang Global, Apa Nasib Kita?
Apa ‘plan B’ oleh Malaysia jika wujud kesan secara tidak langsung perang dagang global akibat langkah pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat terhadap beberapa buah negara? Diskusi 8.30 malam.
Ibu bapa serbu premis jual pakaian seragam sekolah RM5, tudung RM1
Sebuah premis di Jalan Telaga di Butterworth, Pulau Pinang menjual pakaian seragam sekolah serendah RM5 dan tudung RM1.
Tarif Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia - Penganalisis
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM), Dr. Lam Choong Wah berkata kenaikan tarif yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat dibawah pentadbiran presiden Donald Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia. Jelasnya, ia berikutan eksport barangan yang berasal dari China melalui negara ini. #AgendaAWANI
Isteri harap suspek mabuk terlibat kemalangan maut terima hukuman setimpal
Isteri kepada mangsa yang maut akibat dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol di sini malam tadi, berharap suspek kejadian itu menerima hukuman sewajarnya.
Malakoff dapat kelulusan pemegang saham untuk beli Alam Flora
Pengambilalihan itu menawarkan peluang sinergi antara Malakoff dan Alam Flora untuk membangunkan projek sisa kepada tenaga (WTE), yang memanfaatkan kecekapan teras dan pengalaman.
Alam Flora kenal pasti 12 kawasan 'sampah terbang'
Kawasan terbabit termasuk lorong belakang Jalan 5A/6 Danau Kota, Lorong Haji Taib 1, Lorong Gadek, Lorong Baba, Lorong Kancil, dan Jalan Kundur.