Pemegang saham Malakoff Corporation Bhd pada Selasa meluluskan pembelian 97.37 peratus kepentingan ekuiti dalam Alam Flora Sdn Bhd bernilai RM944.61 juta, yang membolehkan kepelbagaian ke dalam perkhidmatan berkaitan alam sekitar.
Dalam satu kenyataan, pengeluar air dan tenaga bebas itu berkata, pengambilalihan tersebut dibuat menerusi anak syarikat milik penuhnya, Tunas Pancar Sdn Bhd (TPSB) berdasarkan perjanjian jualan saham bersyarat (SSA) dengan HICOM Holdings Bhd, anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Bhd.
Alam Flora terlibat dalam pengurusan perkhidmatan pengumpulan dan pengurusan sisa pepejal bersepadu dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam.
Pengerusi Malakoff, Datuk Hasni Harun berkata, dengan sektor penjanaan tenaga negara menjadi semakin kompetitif dan mencabar, pengambilalihan itu akan mempercepat pengembangannya ke dalam perniagaan berkaitan alam sekitar yang semakin penting dan berkembang pesat dan mendorongnya menceburi sektor tenaga yang boleh diperbaharui.
Pengambilalihan itu menawarkan peluang sinergi antara Malakoff dan Alam Flora untuk membangunkan projek sisa kepada tenaga (WTE), yang memanfaatkan kecekapan teras dan pengalaman, katanya.
"Ia selaras dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan penguasaan tenaga boleh diperbaharui dalam campuran tenaga Malaysia daripada dua peratus ketika ini kepada 20 peratus menjelang 2025," katanya.
Beliau menjelaskan bahawa dengan prospek pembangunan ekonomi dan pertumbuhan penduduk, Malaysia perlu melihat melangkaui pelupusan sampah dan tapak pelupusan ke arah pengurusan sisa yang lebih lestari, terutama melalui projek WTE.
Pada masa ini Alam Flora memegang konsesi untuk menyediakan perkhidmatan pengumpulan sisa pepejal dan pengurusan pembersihan awam di beberapa kawasan konsesi di Pahang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Perjanjian konsesi tersebut adalah bagi tempoh 22 tahun mulai 1 Sept 2011 hingga 31 Ogos 2033 dan meliputi 36,430 kilometer persegi dengan penjanaan sisa agregat sekurang-kurangnya 3,736 tan metrik sehari.
Tumpuan utama Malakoff adalah penjanaan kuasa, penyahgaraman air serta perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 02 2018

Pengambilalihan itu menawarkan peluang sinergi antara Malakoff dan Alam Flora untuk membangunkan projek sisa kepada tenaga (WTE).

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Isteri harap suspek mabuk terlibat kemalangan maut terima hukuman setimpal
Isteri kepada mangsa yang maut akibat dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol di sini malam tadi, berharap suspek kejadian itu menerima hukuman sewajarnya.

Malakoff dapat kelulusan pemegang saham untuk beli Alam Flora
Pengambilalihan itu menawarkan peluang sinergi antara Malakoff dan Alam Flora untuk membangunkan projek sisa kepada tenaga (WTE), yang memanfaatkan kecekapan teras dan pengalaman.

Alam Flora kenal pasti 12 kawasan 'sampah terbang'
Kawasan terbabit termasuk lorong belakang Jalan 5A/6 Danau Kota, Lorong Haji Taib 1, Lorong Gadek, Lorong Baba, Lorong Kancil, dan Jalan Kundur.