SEREMBAN: Pihak sekolah perlu membatalkan semua aktiviti luar bilik darjah jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 101, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ling.
Beliau berkata tindakan itu merupakan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada Kementerian Pendidikan (KPM) dan surat pekeliling turut dikeluarkan di setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi tindakan lanjut.
"Sekiranya bacaan IPU meningkat hingga 200 ke atas KPM akan mengarahkan sekolah ditutup. Bacaan IPU 101 ke atas adalah tidak sihat, jadi jika ia berlaku sebarang aktiviti di luar bilik darjah tidak dibenarkan.
"Pada masa sekarang semua pelajar dinasihatkan memakai pelitup muka, kerap minum air serta mengurangkan aktiviti ketika cuaca panas," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C) Kampung Baru Rahang di sini hari ini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata jerebu dijangka lebih serius pada tahun ini berbanding dalam tempoh tiga tahun lepas apabila aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala.
Terdahulu, Lim turut melawat SJK Tamil (T) Lobak dan SJK (C) San Min bagi menyampaikan bantuan RM200,000 bagi setiap sekolah tersebut untuk pembangunan dan penyelenggaraan perluasan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
Lim berkata terdapat 4,620 sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya satu kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) sama ada susur landai, susur tangan, tandas OKU dan parkir OKU.
"KPM sedang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawainya bagi pemantauan secara berkesan serta berterusan demi memastikan semua sekolah dilengkapi kemudahan dan infrastruktur yang bersesuaian untuk murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) selaras dengan piawaian ditetapkan," katanya.
Menurutnya KPM juga menyediakan laluan khas bagi calon MBPK mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang pengkhususan untuk keperluan di sekolah rendah.
"Calon MBPK yang ingin memohon hendaklah sihat tubuh badan, boleh mengurus diri sendiri, aktif dalam kegiatan kokurikulum dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.
Katanya seramai 62 orang graduan dalam bidang Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran akan menamatkan pengajian di IPG pada Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023
![Aktiviti luar bilik darjah perlu dibatal jika bacaan IPU tidak sihat Aktiviti luar bilik darjah perlu dibatal jika bacaan IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681805778_TBjerebuoenang.jpg)
Jerebu dijangka lebih serius tahun ini berbanding tempoh tiga tahun lepas apabila aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala. - Gambar/ Bernama
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738029796_jerebuthailand.jpg)
PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.
![Kabinet Thailand akan bincang langkah hadapi pencemaran udara Kabinet Thailand akan bincang langkah hadapi pencemaran udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737467823_airpollution.jpg)
Kabinet Thailand akan bincang langkah hadapi pencemaran udara
Orang ramai digesa memakai pelitup muka N95 untuk melindungi diri daripada zarah halus yang berbahaya.
![Penduduk Bangkok diminta berada di rumah ekoran kualiti udara yang buruk Penduduk Bangkok diminta berada di rumah ekoran kualiti udara yang buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737367802_TBbangkok.jpg)
Penduduk Bangkok diminta berada di rumah ekoran kualiti udara yang buruk
Tahap pencemaran PM2.5 dijangka mencapai tahap jingga yang dianggap berbahaya kepada kesihatan, di kebanyakan kawasan bandar raya itu.
![Kesesakan trafik di Delhi akibat jerebu tebal Kesesakan trafik di Delhi akibat jerebu tebal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736007739_TBDELHIFOG.jpg)
Kesesakan trafik di Delhi akibat jerebu tebal
Pergerakan trafik kenderaan di ibu negara India itu bergerak perlahan, menjejaskan perjalanan pengguna jalan raya lain.
![Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731715037_Pakistan.jpg)
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
![Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710584063_TBKEMARAUPAPAR.jpg)
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
![Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707970229_BangkokThailand.jpg)
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
![El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701594806_NikNazmiNikAhmad.jpg)
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
![Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697763805_jerebu.jpg)
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
![Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696822567_jerebu.jpg)
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.