KUALA LUMPUR: Pengenalan Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti akan memberi garis panduan yang lebih jelas kepada penjawat awam dalam usaha kerajaan membasmi rasuah selaras hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjamin tatakelola yang baik.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara Prof Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, negara sudah bersedia menerima satu bentuk pembaharuan perundangan yang lebih efektif dalam menuju ke arah pembangunan Malaysia MADANI.
Beliau berkata, pengenalan akta ini mampu memberikan impak positif dan undang-undang berkesan terutama kepada mereka di sektor awam, namun cabaran utamanya ialah bagaimana ia akan dilaksanakan.
"Kita sebut pasal peraturan dalam penjawat awam, selalunya ia berbentuk tatacara dan tatalaku, tapi sekarang ini, tadbir urus itu dijadikan undang-undang, kalau undang-undang apakah tatakelola sebenarnya yang mesti diikuti," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, Penganalisis Politik, Prof Datuk Ismail Sualman mencadangkan agar akta ini digubal secara objektif dan menyeluruh meliputi pihak yang memberi dan menerima rasuah.
"Saya banyak lihat akta tatakelola ini di luar negara, tapi tiada perbezaan sebenarnya pun, kerana klausa dan aktanya sudah ada, tetapi kalau dia nak pakejkan, saya rasa setujulah.
"Setiap jabatan kerajaan akan ada satu jabatan integriti, dari situ kita boleh masukkan akta ini, kalau mereka melanggar peraturan, mereka akan dihadapkan ke mahkamah," katanya.
Sementara itu, Prof Madya Khairil Azmin Mokhtar berkata, idea memperluaskan implementasi sistem ini kepada entiti swasta mempamerkan pentadbiran kerajaan yang diurus dengan baik.
Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu berharap pelan kerajaan ini berjaya dilaksanakan dan tindakan merangka akta ini harus melibatkan semua pihak berkepentingan.
"Ia dapat meyakinkan pelabur sama ada dalam atau luar negara sebab ia akan meyakinkan para pelabur kepada sistem perniagaan dan kewangan Malaysia yang mempunyai ketelusan.
Jadi, lagi banyak mekanisme yang memastikan ketelusan dan tanggungjawab korporat, ia akan meyakinkan pelabur bahawa negara itu telus. Kemudian, ia dapat mengukuhkan sistem ekonomi. Bila kurang rasuah, maka jangkaan pelaburan, kosnya lebih jelas, tidak ada kos tersembunyi," katanya.
Isnin lepas, Anwar ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat memperkenalkan Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti sebagai panduan tatakelola bebas rasuah kepada semua entiti, baik dalam sektor awam mahupun swasta.
- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023
Pengenalan Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti akan memberi garis panduan yang lebih jelas kepada penjawat awam dalam usaha kerajaan membasmi rasuah. - Gambar hiasan
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Akta Tatakelola Sektor Awam, Pelan Integriti asas pembangunan mampan - Perwakilan AMK
Pengenalan Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti oleh kerajaan mampu menjadi asas kepada pembangunan negara yang lebih mampan menerusi amalan tatakelola yang baik.
Akta Tatakelola Sektor Awam, Pelan Integriti, garis panduan jelas basmi rasuah - Pakar
Negara sudah bersedia menerima satu bentuk pembaharuan perundangan yang lebih efektif dalam menuju ke arah pembangunan Malaysia MADANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 September 2023.
RMK12: Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti akan diperkenalkan - PM Anwar
Kerajaan akan memperkenalkan Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti sebagai panduan tatakelola bebas rasuah.