KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti sebagai panduan tatakelola bebas rasuah kepada semua entiti baik dalam sektor awam mahupun swasta.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia berikutan kerajaan komited untuk memulihkan imej Malaysia pada peringkat antarabangsa sekali gus mengangkat darjat menjadi sebuah negara yang bermaruah dan antirasuah.
Beliau berkata kerajaan juga menyasarkan kedudukan ke-25 teratas buat Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah sedunia dalam tempoh 10 tahun.
"Kerajaan juga menekankan pengukuhan jati diri dan akhlak dalam diri setiap warganegara. Justeru, pentingnya pendidikan kesedaran antirasuah yang harus dikembangkan pada semua peringkat usia.
Sementelahan, agenda mempromosi dan mendidik masyarakat mengenai nilai-nilai murni demi membina sahsiah terpuji akan terus direkayasa," katanya ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu merupakan antara empat perkara pokok yang menjadi iltizam kerajaan untuk melaksanakan islah dalam perkhidmatan awam, termasuk Tatakelola dan Rangka Kerja Institusi dan Perundangan Berkaitan Rasuah.
Sementara itu, beliau berkata penggunaan Identiti Digital (ID) Nasional secara rintis bagi pengesahan identiti yang selamat dan terpelihara dijangka diluncurkan pada 2025 selaras dengan peralihan kerajaan kepada pendigitalan perkhidmatan iaitu Kerajaan Berteknologi Termaju (GovTech) di bawah anjakan utama Industri Berasaskan Teknologi dan Digital.
Perdana Menteri memaklumkan Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) yang membolehkan permohonan dibuat oleh rakyat secara terus dalam talian menyaksikan sebanyak 3,776 permohonan IKR diterima sehingga 31 Ogos lepas.
Bagi memperkemas jentera perkhidmatan awam, beliau berkata Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan urusan tertangguh dan menyegerakan pelaksanaan projek serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Katanya STAR berjaya melaksanakan projek rintis mengurangkan kesesakan serta tempoh menunggu pesakit di Zon Hijau Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor dan akan diperluas kepada hospital lain.
"Selain itu, tempoh kelulusan pas ekspatriat dikurangkan daripada 87 hari kepada hanya lima hari untuk syarikat yang memenuhi kriteria, manakala kaedah pembayaran tanpa tunai bagi menangani rasuah akan diperluas," katanya.
Mengulas lanjut, Anwar berkata kerajaan terus menyasarkan Malaysia untuk menduduki tangga ke-20 teratas dalam Subindeks Kecekapan Kerajaan dalam Institute for Management Development (IMD) World Competitiveness Yearbook pada akhir tempoh RMK12.
Beliau meminta jentera kerajaan yang disifatkan sebagai enjin utama negara untuk meningkatkan kecekapan penyampaian, sementara segala isu melibatkan tatakelola serta koordinasi diselesaikan dengan segera.
Selain itu, Perdana Menteri turut memaklumkan Aplikasi MYJalan yang baru diluncurkan bagi memudahkan rakyat untuk membuat aduan mengenai kerosakan jalan kepada kerajaan, telah menerima lebih 1,000 aduan, setakat hari ini.
Beliau menyifatkan ia merupakan petanda yang positif bahawa keterlibatan rakyat secara proaktif dalam penggemblengan tenaga bersama kerajaan akan menghasilkan jaringan jalan raya yang lebih selamat dan bermutu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023

Anwar ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat di ibu negara, hari ini. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Sarawak dilaksanakan sepenuhnya sebelum RMK13 bermula.

Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.

Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun
Pembinaan hasil kerjasama agensi perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pemaju swasta.

Pemaju gagal siapkan projek ikut jadual akan disenarai hitam
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas dengan menyenarai hitam pemaju yang gagal menyiapkan projek di Pahang selepas lanjutan tempoh sebanyak tiga kali diberikan.

Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).

Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.

Lebih 2 juta pekerja asing dalam negara, hampiri sasaran RMK12 - Steven Sim
kerajaan menetapkan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025.

Perak fokus 359 projek fizikal libat peruntukan RM1.28 bilion tahun ini
Perak memfokuskan pelaksanaan 359 projek fizikal dengan peruntukan RM1.28 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) negeri itu tahun ini.

564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini
RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama.

RM212.42 juta belanja pembangunan fasiliti kesihatan Perak tahun 2024 - Dzulkefly
Perak menerima peruntukan RM212.42 juta di bawah Belanja Pembangunan Kementerian Kesihatan, bagi pembangunan kemudahan dan infrastruktur fasiliti sektor itu, tahun ini.