KUALA LUMPUR: Satu Memorandum Jemaah Menteri yang lebih komprehensif akan dibentangkan di mesyuarat Kabinet akan datang bagi membolehkan proses merangka kertas kerja pelaksanaan pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diteruskan ke peringkat selanjutnya, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata berdasarkan maklum balas diterima hasil sesi libat urus khususnya daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), terdapat keperluan untuk penelitian lanjut berhubung aspek saraan dan pencen bagi pegawai di bawah skim perkhidmatan Parlimen.
Justeru, beliau berkata satu mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dengan penglibatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara dibangkitkan SPA.
"Dari situ, satu Memorandum Jemaah Menteri yang lebih komprehensif akan disediakan bagi pembentangan dalam mesyuarat Jemaah Menteri," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.
Menurutnya Kerajaan Perpaduan sememangnya komited menggubal Akta Perkhidmatan Parlimen baharu yang meliputi aspek-aspek autonomi pentadbiran dan kewangan serta pengwujudan sebuah majlis perkhidmatan Parlimen.
Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diperkenalkan bagi membuka jalan kepada Dewan Rakyat untuk bertindak sebagai badan bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangannya dan mengawal perbelanjaannya, namun ia dimansuhkan pada 1992.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023

Ramkarpal Singh berkata, terdapat keperluan untuk penelitian lanjut berhubung aspek saraan dan pencen bagi pegawai di bawah skim perkhidmatan Parlimen. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Memorandum Jemaah Menteri berkenaan rangkaian kedua 5G disedia dalam masa terdekat - Fahmi
Ia untuk membincangkan serta memutuskan sama ada tiba masanya untuk membenarkan kewujudan rangkaian kedua.

Akta Perkhidmatan Parlimen: Memorandum Jemaah Menteri komprehensif akan dibentang
Ia bagi membolehkan proses merangka kertas kerja pelaksanaan pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diteruskan ke peringkat selanjutnya.

Mindef di fasa akhir muktamad cadangan teruskan projek LCS
Dua baki syor yang sedang dalam tindakan ialah melibatkan laporan berkala kepada PAC dan Jawatankuasa Khas Parlimen.

Penubuhan Perbadanan Muzik Malaysia demi masa depan industri muzik tempatan - Saifuddin
Kertas kerja tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Kabinet dalam masa terdekat bagi mendapatkan kelulusan.

SRC bertegas pinda tujuan pinjaman wang KWAP - Saksi
Datuk Maliami Hamad berkata dalam perjanjian yang ditandatangani sebelum ini, tujuan pinjaman dinyatakan sebagai pelaburan am dan modal kerja.