PUTRAJAYA: Akta Pergigian 2018 (Akta 804) akan berkuat kuasa mulai 1 Jan depan bagi menggantikan Akta Pergigian 1971 (Akta 51) yang telah mengawal selia amalan dalam bidang pergigian selama 50 tahun.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata suatu akta baharu yang mempunyai bidang kuasa lebih luas peruntukan, yang merangkumi semua aspek pengamalan pergigian terkini adalah diperlukan seiring dengan perkembangan pengamalan dan teknologi dalam bidang pergigian.
Beliau berkata akta mengandungi sembilan bahagian dan 104 seksyen itu mensyaratkan hanya pengamal yang berkelayakan, berwibawa dan profesional akan didaftarkan serta layak untuk memberi perkhidmatan pergigian.
"Dengan ini, kualiti perkhidmatan pergigian dan keselamatan pesakit adalah terjamin serta meningkatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan pergigian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Akta 804 turut memperuntukkan penubuhan Majlis Pergigian Malaysia (MPM) dan Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia, pendaftaran doktor pergigian dan juruterapi pergigian, pengawalseliaan amalan pergigian dan perkara berkaitan.
Akta berkenaan juga membolehkan penguatkuasaan diambil bagi amalan pergigian yang tidak mematuhi peruntukan akta terutamanya pengamalan pergigian haram, katanya.
Menurut Khairy, antara peruntukan baharu dalam akta berkenaan adalah Peperiksaan Kelayakan Profesional bagi tujuan pendaftaran sebagai doktor pergigian, pendaftaran pakar pergigian dan juruterapi pergigian.
Ia turut memperuntukkan keperluan pengumpulan mata Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dan Perlindungan Tanggung Rugi Profesional bagi permohonan perakuan pengamalan dan penguatkuasaan dalam amalan pergigian.
"Semua pengamal akan diwajibkan mengumpul markah CPD dan memperoleh Perlindungan Tanggung Rugi Professional, sebelum memperbaharui perakuan pengamalan. Bagaimanapun, peruntukan ini hanya akan dikuat kuasa pada 1 Jan 2025," katanya.
Dalam pada itu, Khairy berkata semua graduan pergigian yang ingin berdaftar dengan MPM perlu memastikan mereka lulus Peperiksaan Kelayakan Profesional.
Bagi yang mempunyai kelulusan yang tersenarai di dalam Jadual Kedua Akta Pergigian 1971, mereka dibenarkan untuk mendaftar dengan MPM tanpa perlu menduduki Peperiksaan Kelayakan Profesional dan kebenaran tersebut hanya terpakai bagi tempoh lima tahun dari tarikh akta berkuat kuasa iaitu dari 1 Jan depan hingga 31 Dis 2026, katanya.
"Di bawah akta ini, doktor pergigian yang telah berdaftar dengan MPM boleh memilih untuk menjalankan khidmat wajib di perkhidmatan awam ataupun swasta," katanya.
Beliau berkata doktor pergigian yang mempunyai kelayakan pakar lepas ijazah yang diluluskan oleh majlis boleh memohon untuk didaftarkan sebagai pakar pergigian di dalam mana-mana 12 kepakaran pergigian bermula Februari 2022.
Antara kepakaran yang disenaraikan buat masa ini adalah bedah mulut dan maksilofasial, pergigian pediatrik, pergigian konservatif dan ortodontik.
Maklumat lanjut berkaitan penguatkuasaan Akta 804 boleh didapati dengan menghubungi Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan menerusi e-mel ohd@moh.gov.my atau MPM di mdc@moh.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 10 2021
Suatu akta baharu yang mempunyai bidang kuasa lebih luas peruntukan, yang merangkumi semua aspek pengamalan pergigian terkini adalah diperlukan.- Gambar hiasan/REUTERS
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Akta Pergigian baharu berkuat kuasa 1 Jan depan - Khairy
Akta Pergigian 2018 (Akta 804) akan berkuat kuasa mulai 1 Jan depan bagi menggantikan Akta Pergigian 1971 (Akta 51) yang telah mengawal selia amalan dalam bidang pergigian selama 50 tahun.