Akta Orang-orang Papa 1977 akan dikaji semula bagi memenuhi keperluan golongan gelandangan.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun kepada Dewan Rakyat hari ini,
Katanya, ia termasuk penambaikan daripada segi pengaktifan semula sekretariat penyelarasan bagi menangani isu gelandangan dan pengemisan.
Usaha itu, menurutnya, akan melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Rina berkata, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebanyak 23 pusat gelandangan sementara telah dibuka bagi menempatkan 1,283 gelandangan.
"Daripada jumlah itu 50 peratus gelandangan dikesan di Kuala Lumpur, diikuti JOhor (20 peratus) dan Sarawak," katanya menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun).
Wan Hassan bertanya mengenai isu gelandangan dan peleseran semasa tempoh pelaksanaan PKP.
Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa menjelaskan, kesemua gelandangan yang diselamatkan telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan psikologi.
Tambahnya, kementerian turut mengambil inisiatif lain termasuk menghantar pulang mereka yang masih mempunyai waris kepada keluarga masing-masing.
"Bagi mereka yang tiada waris, kita telah menghantar mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat," jelasnya.
Umavathi Ramayah
Wed Jul 15 2020
Rina berkata, dalam tempoh PKP, sebanyak 23 pusat gelandangan sementara telah dibuka bagi menempatkan 1,283 gelandangan. - Gambar fail
Beras sekampit 5kg berharga RM15 mula dijual bulan depan di Pulau Pinang
Beras Cap Feri keluaran kerajaan Pulau Pinang akan mula dijual di Jualan Agro MADANI Pertubuhan Peladang, bulan depan pada harga RM15 bagi kampit lima kilogram (kg).
17 terbunuh, Israel bom pusat perlindungan, rumah di Gaza
Serangan udara juga menyebabkan tiga individu terbunuh berhampiran Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia.
Penyokong Imran Khan batalkan protes
Parti bekas perdana menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan pada Rabu membatalkan protes di ibu negara Islamabad selepas tindakan keras oleh pasukan keselamatan.
Pantau Agenda Reformasi: Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid
Dr Anuar Ahmad, Felo Bersekutu, Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, MINDA UKM
Tinggal anak usia 1, 6 tahun sendirian di rumah, tukang urut wanita dipenjara
Seorang wanita dihukum penjara sebulan selepas mengaku mengabaikan dua anak lelakinya termasuk seorang bayi berusia 14 bulan.
Nicol David terima sijil daripada Harvard Business School
Nicol Ann David menerima sijil berprestij daripada Program Sijil Dalam Talian Harvard Business School setelah menamatkan kursus "Power and Influence for Positive Impact."
SSPA: KKM adakan pertemuan dengan kesatuan jururawat esok
Pertemuan esok akan melibatkan lima kesatuan jururawat yang telah menyatakan kesediaan berkongsi pandangan berhubung pelaksanaan arahan baharu.
Pemantauan pergerakan lori di seluruh negara diperketat
Menerusi aduan diterima, terdapat pemandu lori ini yang melanggar tempoh masa pergerakan dan membawa muatan berlebihan.
Satu lagi kes mpox dikesan di Malaysia - KKM
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menjadikan jumlah kes mpox di Malaysia meningkat kepada dua kes tahun ini, menjadikan keseluruhan 11 kes sejak 26 Julai 2023.
Pelabur Amerika Syarikat masih tunggu dan lihat
Pelabur Amerika masih menilai impak sebarang tarif yang akan dilaksanakan oleh bakal Presiden Donald Trump, yang dijangka mempunyai kesan positif dan negatif.
Akta Orang-orang Papa dikaji semula, ditambah baik - Rina
Ia termasuk penambaikan daripada segi pengaktifan semula sekreteriat penyelarasan bagi menangani isu gelandangan dan pengemisan.