CYBERJAYA: Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini sekali gus meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di seluruh negara, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Sim berkata beliau telah menandatangani warta untuk mempercepatkan pelaksanaan dan penguatkuasaan akta berkenaan yang tertangguh hampir dua tahun.
"... saya telah tandatangan warta untuk kuat kuasa pindaan baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Sedua bagi Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja di sini hari ini.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (pindaan) 2022 telah diluluskan oleh Parlimen pada 16 Mac 2022.
Menurut Sim penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (pindaan) 2022 mewajibkan majikan menganalisis risiko di tempat kerja dan melantik penyelaras keselamatan kesihatan.
"Syarikat yang ada lima pekerja ke atas wajib lantik seorang penyelaras...penguatkuasaan akta ini amat dinantikan oleh sektor pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
"Penyelaras adalah satu perkara baharu dan dengan adanya orang terlatih ini, maka kita harap persekitaran tempat kerja lebih selamat," katanya.
Sementara itu, Sim berkata sebanyak 13,000 pekerja akan mengikuti program latihan Pertolongan Cemas Kesihatan Mental Pekerjaan di seluruh negara tahun ini.
Menurutnya program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan dengan 4,000 pekerja telah dilatih sejak ia dilancarkan pada Februari lepas.
"Kita harap usaha ini akan memperkasa lagi amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja...masalah kesihatan mental juga antara fokus kita di kementerian," katanya.
Pada majlis hari ini, sebanyak 2,500 peserta terdiri daripada pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) menyertai lafaz ikrar integriti sekali gus mencipta rekod sebagai "Ikrar Integriti Terbesar oleh Pengamal OSH di Malaysia" dalam Malaysian Book of Records.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (pindaan) 2022 telah diluluskan oleh Parlimen pada 16 Mac 2022. - Gambar fail
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
KESUMA akan laksana pelbagai inisiatif perkasa kemahiran pekerja - Steven Sim
KESUMA menyediakan dana berjumlah RM3 bilion untuk sektor pengurusan latihan kemahiran bagi 2025.
KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.
Dua juta pekerja disasar sertai kesatuan sekerja - Sim
Setakat September lepas, bilangan kesatuan sekerja di Malaysia telah mencapai 759 dengan keanggotaan seramai 1,030,151 orang.
Kesuma komited pastikan keselamatan pekerja di tempat kerja sentiasa terjamin
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) komited untuk memastikan keselamatan pekerja ketika berada di tempat kerja sentiasa terjamin.
Gaji minimum bukan gaji permulaan untuk semua pekerja - Sim
Kadar gaji minimum RM1,700 itu merupakan gaji untuk pekerja asas dengan kelayakan akademik dan kemahiran rendah termasuk pekerja sektor 3D.
Lebih 470,000 individu carum SKSSR setakat September - Sim
Sim berkata jumlah berkenaan mencecah 95 peratus daripada 500,000 yang disasarkan untuk mendaftar SKSSR tahun ini.
600,000 pekerja perlu pemahiran semula dalam tempoh lima tahun - Sim
Kira-kira 600,000 pekerja dikenal pasti memerlukan pemahiran semula dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang kesan daripada kecerdasan buatan (AI), digitalisasi dan ekonomi hijau.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Gadis susah tidak mampu ke UTeM dapat perhatian Sim
Dharsini baru-baru ini menolak tawaran mengikuti kursus Ijazah Kejuruteraan Perisian di UTeM disebabkan keadaan keluarga yang daif.
Steven Sim, Lim Hui Ying antara 32 calon jawatankuasa DAP Pulau Pinang
Seramai 32 individu akan bertanding untuk merebut 15 jawatan ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024/2027 pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang, 22 Sept ini.