Baik kerajaan atau pembangkang, ahli-ahli politik di Malaysia dilihat senada dalam usaha melaksanakan Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Menurut penaung Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Selangor, Tan Sri Lee Lam Thye, pihaknya berterima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Peguam Negara kerana tidak melengah-lengahkan pembentangan akta ini di Parlimen.
"Persatuan kebajikan haiwan menghargai usaha kerajaan meluluskan rang undang-undang tersebut yang menjadi peristiwa yang bersejarah buat negara kita.
"Melalui rang undang-undang ini juga, pertama kali kita dapat lihat, ia menyatukan semua ahli politik dalam Parlimen. Ahli-ahli politik ini selalu bercanggah pendapat antara sesama mereka, kerana percanggahan itu memang sebahagian daripada politik.
"Namun apabila Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan ini dibentangkan di Parlimen, kedua-dua parti politik daripada pembangkang dan kerajaan ini mengambil satu pendirian yang sama.
"Mereka bersatu, mereka memberi pandangan yang baik, dan mereka berasakan ini adalah undang-undang yang relevan dan mesti dilaksanakan," jelas beliau dalam satu sidang media di sini pada Sabtu.
Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan 2015 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 9 April lepas, membolehkan penubuhan Lembaga Kebajikan Haiwan.
Antara fungsi lembaga ini adalah termasuk memantau kerja-kerja persatuan atau badan yang ditubuhkan bagi maksud mencegah trauma, kesakitan atau penderitaan kepada haiwan.
Dalam pada itu, Lam Thye turut mencadangkan kepada kerajaan supaya badan bukan kerajaan (NGO) terlibat sama menjadi ahli lembaga itu.
"Dalam rang undang-undang itu melihatkan menteri boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota lembaga selepas berunding.
"Jadi saya mencadangkan ada pelantikan anggota lembaga ini terdiri juga daripaga NGO seperti SPCA. Pelantikan ahli-ahli NGO ini adalah untuk menambah baik aspek kebajikan haiwan di negara ini seperti memberi sumbangan idea dan memberi maklum balas daripada rakyat kepada kerajaan."
Beliau juga mengharapkan dengan undang-undang ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang tanggungjawab memelihara haiwan.
"Undang-undang ini menjelaskan tanggungjawab kepada masyarakat. Ada ramai di antara kita membela anjing, kucing atau sebagai, mereka ada tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan mereka dan mereka perlu pastikan kebajikan haiwan mereka.
"Orang yang membuang haiwannya merata-rata tempat boleh dikenakan undang-undang kerana dianggap zalim, begitu juga mereka yang tidak memberi makan dan minum kepada haiwan peliharaan mereka," kata Lam Thye.
Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan turut mencadangkan denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 dan penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan kali pertama bagi kesalahan-kesalahan di bawah akta itu termasuk menganiaya haiwan, membunuh dengan menembak tanpa sebab munasabah, meracun dan terlibat dalam judi laga haiwan.
Dengan pelaksanaan akta kebajikan haiwan ini kelak, Malaysia bakal menyertai beberapa buah negara anggota Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) yang telah mempunyai undang-undang khusus berkaitan kebajikan haiwan seperti India, New Zealand, Australia dan United Kingdom.
Mariah Ahmad
Sat Jun 20 2015
![Akta Kebajikan Haiwan papar kesatuan dalam politik Malaysia - Lam Thye Akta Kebajikan Haiwan papar kesatuan dalam politik Malaysia - Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/41434791865_LAMTHYE.jpg)
LIM: Melalui rang undang-undang ini juga, pertama kali kita dapat lihat, ia menyatukan semua ahli politik dalam Parlimen. -Foto Astro AWANI/MARIAH AHMAD
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Penjualan rokok elektronik perlu pendekatan perundangan lebih serius - IKATAN Penjualan rokok elektronik perlu pendekatan perundangan lebih serius - IKATAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701163811_TBVapingjpg.jpg)
Penjualan rokok elektronik perlu pendekatan perundangan lebih serius - IKATAN
Kerajaan perlu mengambil pendekatan perundangan yang serius ke atas penjualan produk merokok khususnya rokok elektronik kepada golongan muda.
![Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
![Tingkat jumlah, peranan mediator komuniti - Lee Lam Thye Tingkat jumlah, peranan mediator komuniti - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
Tingkat jumlah, peranan mediator komuniti - Lee Lam Thye
Tugas mediator komuniti yang mempunyai kepakaran dalam menyelesaikan konflik dianggap semakin penting ketika ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang boleh mencetuskan perbalahan antara kaum.
![Kerajaan digesa tangani isu keselamatan jalan raya, kurangkan kemalangan Kerajaan digesa tangani isu keselamatan jalan raya, kurangkan kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705232209_LeeLamThye.jpg)
Kerajaan digesa tangani isu keselamatan jalan raya, kurangkan kemalangan
Ikatan menggesa kerajaan agar menunjukkan keazaman politik yang kukuh dalam langkah keseluruhan keselamatan jalan raya bagi mengurangkan kemalangan.
![Lee Lam Thye harap dapat cetus inspirasi buat generasi muda ceburi kesukarelawanan Lee Lam Thye harap dapat cetus inspirasi buat generasi muda ceburi kesukarelawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659442165_LeeLamThye.jpg)
Lee Lam Thye harap dapat cetus inspirasi buat generasi muda ceburi kesukarelawanan
Lee Lam Thye berharap buku autobiografinya akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk memupuk semangat kesukarelawanan sebagai cara bagi menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.
![Gaji penjawat awam perlu selaras dengan kadar inflasi Gaji penjawat awam perlu selaras dengan kadar inflasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689480852_LeeLamThye.jpg)
Gaji penjawat awam perlu selaras dengan kadar inflasi
Kenaikan gaji penjawat awam perlu diselaraskan dengan kadar inflasi dalam negara kerana ia memainkan peranan penting bagi menentukan kecukupan gaji mereka.
![Penubuhan Ombudsman langkah tepat tangani penyelewengan - Lee Lam Thye Penubuhan Ombudsman langkah tepat tangani penyelewengan - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
Penubuhan Ombudsman langkah tepat tangani penyelewengan - Lee Lam Thye
Lam Thye berkata, pewujudan tersebut juga adalah langkah progresif sekiranya diluluskan kerana boleh mendengar dan menyiasat kes penyelewengan dengan lebih telus.
![Cadangan penubuhan badan bebas siasat agensi penguat kuasa kembalikan keyakinan rakyat - Pakar Cadangan penubuhan badan bebas siasat agensi penguat kuasa kembalikan keyakinan rakyat - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637319671_Leelamthye.jpg)
Cadangan penubuhan badan bebas siasat agensi penguat kuasa kembalikan keyakinan rakyat - Pakar
Kewujudan badan bebas berkenaan berkait dengan isu keyakinan orang ramai terhadap penyelesaian kepada setiap aduan yang dibuat mereka.
!['Jalan pintas' ambil lesen memandu bahayakan diri, pengguna jalan raya - Lee Lam Thye 'Jalan pintas' ambil lesen memandu bahayakan diri, pengguna jalan raya - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
'Jalan pintas' ambil lesen memandu bahayakan diri, pengguna jalan raya - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye berkata, individu yang ingin memiliki lesen memandu perlu mengikuti syarat-syarat ditetapkan dan tiada istilah 'gerenti lulus'.